Friday, November 25, 2011

#sambungan Jika Benar

well , aku dah kontang dengan idea sebenarnya ni.Kat hostel , melambak aje, bila dah balik ni macam tertinggal kat KMPk lah pulak.Cerita ni aku saje reka aje taw ? Jangan nak fikir lain pulak.Sambungan macam panjang sikit.Aku ingat nak sambung macam novel , tapi tak sempat dah . Ni  #LINK#  part 1 :)



What ? With Joshua ? Are  you going to marry him ? Is that true ? Tell me the truth , Aishah ! “ kata Hazira separuh menjerit . Tidak disangka , perasaan  Aishah yang dipendam lama , kini berbalas dengan cinta oleh Joshua.
“Hmm , macam tu lah. Apsal ? Tak percaya ke ? “ Aishah mengambil tempat di sebelah Hazira.Hazira masih leka merenung kad jemputan yang berada ditangannya.Ingatan  kepada  zaman  matrikulasi kembali  segar dalam ingatan .Apa yang pasti , Joshua sangat cemerlang , kerana mampu mengekalkan pointer 4.00 nya untuk setiap semester.Itu yang sangat mengagumkan tentang Joshua bagi Hazira.
“And his name ? Maksud aku , takkan lah nama dia still Joshua ? Mesti dah convert dia ni kan ? “tanya Hazira penuh minat .
“Zira , macam man abaca kad kahwin ni ? Jelas kan kat situ nama dia Farhan  Joshua Abdullah Yee.Aduh akak ni , excited  sangat.Simple punya perkara pun boleh tak perasan.” bebel  Aishah.
“Shah , aku nampak Joshua aje.Perkataan Farhan  tak  perasan pulak.Eii , bestnye kau Shah , jumpa balik dengan mamat Cina ni.Aku ingat  lagi , macam mana kau punya gila ahh kat Joshua ni.Last-last kahwin jugakk korang  kan ? Aku ni , bila lah lagi,,,”ngomel Hazira sendiri.
“Dulu , time Aiden  Lee kejar , kau lari.Sekarang nak cakap Ecah  untung pulak.Zira tak cuba  cari dia ? I bet dia still contact with  Joshua.Diorang kan dari sekolah menengah sampai U sama.Kerja je yang lain-lain rasanya.” Jelas Aishah.Hazira pura-pura tidak mendengar.Otaknya ligat mencari idea untuk beredar  dari situ.Riak wajah ketara berubah saat Aishah menyebut nama Aiden.
“Shah , baru aku ingat! Mak aku ada call pagi tadi.Tapi lupa nak angkat.Aku naik dulu , nak call dia kejap.Takut ada perkara penting.Bye ! “segera Hazira mengangkat kaki.Dibawanya sekali kad jemputan Joshua dan Aishah naik ke bilik.
“Saja cari alasan kan ? Kirim salam kat Mak.Ecah lama tak pergi Petaling makan ikan patin. Rindu ! “balas Aishah sambil mencapai remote control Astro yang berada di atas meja.

Xxxxxxxxxx
“Farhan Joshua ! Tahniah ya ? I tak sangka you kahwin jugak dengan my best pal !Sampai hati tak inform ! “ ucap tahniah yang diberi sebaik sahaja Hazira mendekati kedua pasangan itu.Walaupun berbangsa Cina , ternyata , Joshua nampak segak dan tampan memakai baju  Melayu.
“I tak mau tunggu lama-lama.Lagi cepat , lagi baik.You bila lagi ? I rasa dalam rumah you tu ada you dengan Nai aje kan ? Cepat kahwin macam I maa . . “gurau Joshua.Hazira ketawa mendengar soalan itu.
“I bukan tak maul ah.Tak de siapa yang sudi.Alah , rumah tu nanti , I cari orang baru masuk lah.Lagipun tu bukan rumah I pun.I tumpang jugak.Sengaja cari peluang nak duduk jauh dengan Mak.Now , rasa menyesal pulak.Joshua , I balik dulu taw ? Send my regards to Ecah.Petang ni nak balik rumah Mak.Rumah tak de orang. . hehe. . “Hazira mula meminta diri.
“You balik sorang ke ? Naik apa ? “tanya Joshua.Seingatnya , Hazira telah bermalam di Ipoh semalam.
“I naik bas lah.Apa , ingat ada putera raja nak dating ambil ke ? “ gurau Hazira.Namun , gurauannya tidak diendahkan Joshua kerana jejaka itu leka memerhatikan sesuatu.
“Kalau macam tu , I hantar you balik KL.”sampuk satu suara.Hazira tersentak .Suara itu , suara yang sudah tidak didengar selama beberapa tahun.Namun mengapa kini suara itu muncul kembali ? Mengapa?
“Haah  la Zira.Balik dengan Aiden.Ecah lupa nak cakap tadi yang Zira boleh balik dengan Aiden. Ecah rasa tak sempat abang nak hantar Zira ke station bus kan ? “ giliran Aishah pula menyampuk.Hazira mati akal.Mengapa saat sukar ini perlu dilaluinya sekarang ? Mengapa ?
“Its okay.I boleh balik sendiri.Ecah , umi dengan abi dalam rumah kan ? Aku nak masuk ambil beg kejap.Kat depan boleh tahan teksi kan ? Ok , mintak diri dulu ye semua…”Hazira segera mengangkat kaki.Selesai mengambil beg dan meminta diri dari Umi dan Abi , kakinya laju mengatur langkah.
“Nur Hazira ! Nanti dulu ! You nak pergi mana ? Sekarang dah petang ! Masuk kereta I sekarang ! “jerit Aiden dari  dalam kereta.Hazira buat tidak mendengar.Dia laju mengatur langkah.Aiden memotong jalan Hazira.Dia memberhentikan kereta dihadapan gadis itu.Langkah gadis itu mati.Dia kelu!
“You nak apa lagi Aiden ?I nak cepat lah.”tanya Hazira.Namun matanya tidak memandang mata lelaki itu.Dia tidak punya kekuatan.Aiden tidak bersuara , namun segera menarik lengan gadis itu masuk kedalam kereta.Hujan yang turun lebat dengan tiba-tiba memaksanya berbuat begitu.Hazira menurut tanpa kata.
Xxxxxxx

“Kenapa you tak pernah kasi I peluang ?” tanya Aiden.Sekarang , gadis ini tidak dapat lagi mengelak.Hazira senyap.Malas mendengar dan menjawab.Matanya leka melihat kelibat manusia yang lalu lalang.Yang pasti , pertemuan mereka kali ini tidak dirancang sebenarnya.Kesungguhan Aishah dan Joshua mengajaknya ke Times Square bermain boling tidak dapat ditolak.Masakan tidak , Joshua sanggup memandu kereta dari Ipoh ke Petaling agar kemahuan mereka dipenuhi.Namun apa yang diberitahu tidak terjadi dengan apa yang sepatutnya.Dia kini ditinggalkan berdua bersama Aiden.Mengapa lelaki ini mesti hadir ?
“Peluang apa yang you nak ? I tak faham , “ jawab Hazira acuh tidak acuh.Sebetulnya dia ingin membiarkan sahaja pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan.Entah bagaimana mulutnya menjawab tanpa disedari.
“Peluang untuk I kenal diri you.Untuk you kenal siapa diri I yang sebenarnya.Kenapa setiap kali I nak dekat dengan you , mesti you elak.Kenapa ? “Aiden mula mengasak Hazira dengan soalan.Dia tidak teragak lagi.Hari ini mesti member jawapan kepada setiap soalannya.
“Dan kenapa I mesti beri peluang itu kepada you ? Aiden , wanita lain masi banyak kat luar sana.Kenapa you mesti pilih I ?”
“You tak jujur Hazira.Kenapa you tak jawab soalan I ? Kenapa I yang mesti jawab soalan you ?Jujur dengan diri you sendiri ! “ Aiden tegas disitu.
“I bukan tak nak kasi peluang pada you.Tapi you tak punya peluang tu.Maafkan I.I nak balik.”Hazira segera berlalu.Tangannya laju menaip pesanan buat Joshua.Bimbang dia dan Aishah kelam mencari dirinya nanti.
Xxxxxx

Kotak yang tersimpan dibawah katil ditarik perlahan.Satu persatu isinya dikeluarkan.MATRIKULASI sesi 2011/2012.Album yang menyimpan seribu satu kenangan.Tangannya mula menyelak muka setiap album.Walau sekejap kenangan yang dicipta , namun sangat besar ertinya bagi Hazira.Di sini jugalah dia kenal akan jejaka yang bernama Aiden Lee.Tipu ,bohong jika Hazira tidak punya perasaan padanya.Namun dia bagaikan mahu menafikan perasaan itu.Pesanan Mariam masih diingat jelas.Tiba-tiba sekeping gambar jatuh.Gambar Aiden ! Gambar Aiden dan dirinya .Andainya waktu dapat diputar , bisik hatinya perlahan.Telefon bimbit yang bordering mematikan lamunan.Aishah !
“Asslamualaikum.Magnae , kau buat apa tuh ? Solat belum ? “ Aishah memulakan bicara.Hazira tersenyum.
“Dah la.Kau dah ? Mesti solat imam dengan Farhan Joshua kan ? Kan ? Kan ?”usik Hazira.
“Eh ,nak kenakan orang pulak.Zira , esok Joshua nak buat perasmian pembukaan cafĂ© mama dia.Zira jemputlah datang sekali.Jangan tak datang pulak.Esok petang , Ecah dengan Joshua nak balik Penang dah.Hehe , cuti dah habis.Lusa start kerja.”
“Kafe ? Okay , aunty punya pasal , aku datang.Weh , petang tadi punya hal , sorry taw ?Ada hal kejap.Tu yang balik tetiba aje tu.. “ terang Hazira.
“Alah , Ecah tahu.Aiden ada cakap tadi.Dia kata Zira dapat call , kena balik segera.Dia pun balik lepas tu.”
“Oh ye ke ? Esok pukul berapa ? “
“Pukul 2.00 petang.Jangan lupa datang taw ? Mama  pesan banyak kali suruh datang.Nanti dia bebel kat Ecah pulak.Ok lah Zira , nak mamam ni.Assalamualaikum..”
“Okkay,Waalaikumsalam.. “ balas Hazira.

XXXXxxxxxxx
Berhati-hati Hazira melangkah masuk ke dalam kafe.Kelibat Aishah dan Joshua segera dicari, namun tidak berjumpa.Dia mengambil tempat, sambil matanya ligat  memerhatikan hiasan kafe baru itu.Semuanya nampak simple , namun sempurna pada matanya.
“Excuse me miss ? May I take your order ? “tegur Joshua.
“You ni kan ? Eish , terkejut I ! Free ke kena bayar ni ? Mama mana ? Kata dia yang beriya ajak I datang sini.”
“Mama tak sampai lagi.Tauke besar , siap lama mehh.You nak minum apa ni ?”tanya Joshua sekali lagi.
“You kasi I air yang paling istimewa sekali dekat sini.Ecah mana ?”soal Hazira sambil matanya liar memerhatikan keadaan sekeliling.
“Ecah kat belakang.Dia sibuk sikit hari ni.You nak air special ? Okay , nanti I suruh my brother hantar.Anything else ? “
“Nope.”balasnya ringkas.Tidak lama kemudian , minumannya dihantar Jordan , adik bongsu Joshua.Comel !Majlis perasmian berlangsung dengan lancer.Aunty  Joleane nampak sangat anggun dan bergaya petang itu.Nampaknya , benar kata Aishah , Aunty Joleane sangat teruja sebaik sahaja ternampak akan kelibatnya disitu.Hazira hanya mampu melemparkan senyuman sambil memeluk wanita tua itu.Majlis diteruskan lagi dengan persembahan.Saat itu , semua mata menumpukan perhatian kepada pentas.Aishah juga mengambil tempat pada meja yang sama dengan Hazira.
“Zira , lupa nak story, petang ni kita ada persembahan special dari Joshua and the gang.Thats why dia nampak rilek aje tadi.”terang Aishah tanpa dipinta.Hazira mengangguk.Joshua and the gang ? Cute !
“Dia ada band ? Nama ?”
“Four-S, tapi Ecah tak sure maksud S stand for what.Enjoy the son yah ? “balas Aishah.Hazira memalingkan badannya ke pentas.Joshua , Kevin , Khairul dan , Aiden ! Segera dia membulatkan matanya.Aiden , ya , Aiden yang berada di atas pentas sana.Jantung Hazira bagaikan berhenti mengepam.Aiden mula memetik gitar.Dia juga yang bakal menyanyi.Hazira menanti penuh sabar.Matanya tidak berhenti memandang jejaka itu.

Empty spaces fill me up with holes
 Distant faces with no place left to go
 Without you within me I can't find no rest
 Where I’m going is anybody’s guess

 I tried to go on like I never knew you
 I’m awake but my world is half asleep
 I pray for this heart to be unbroken
 But without you all I’m going to be is incomplete

 Voices tell me I should carry on
 But I am swimming in an ocean all alone
 Baby, my baby
 It’s written on your face
 You still wonder if we made a big mistake

 I'd try to go on like I never knew you
 I’m awake but my world is half asleep
 I pray for this heart to be unbroken
 But without you all I’m going to be is incomplete

 I don’t mean to drag it on, but I can’t seem to let you go
 I don’t wanna make you face this world alone
 I wanna let you go (alone)

 I'd try to go on like I never knew you
 I’m awake but my world is half asleep
 I pray for this heart to be unbroken
 But without you all I’m going to be is incomplete
Incomplete
Sungguh lidahnya kelu untuk berkata.Dia bagaikan tidak bernyawa ketika itu.Terasa dirinya keseorangan disitu.
“This song special made for someone there.I hope she listen to me.And I hope she understand . “ ujar Aiden sebelum berlalu meninggalkan pentas.Hazira memandang langkah jejaka tersebut hingga hilang dari pandangan.

Xxxxxx
*( Sebelas bulan berlalu )*
“Joshua , Ecah , congrate yah , for the new baby.I tak sempat nak datang tengok.Next week , I datang Ipoh okay ?”ujar Hazira sebaik sahaja panggilannya diangkat Joshua.
“Memang pun.Asyik sibuk memanjang.Kitorang dah dapat baby baru ni , you bila lagi ?”
“Alah you ni , asyik nak peril I aje.Tengok lah , kalau dah jodoh tu , adalah nanti.Baby boy kan ? Tahniah taw.Nama ? “
“I tak fikir lagi.Okay lah , I tak boleh cakap lama ni.Mama tak tahu lagi ni.Tak sempat nak call tadi.Assalamulaikum .”
“Okay .Nanti say Hi to her  from me okay ? Waalaikumsalam.”Hazira mematikan  panggilan.Terasa dirinya kini keseorangan.Satu persatu rakan-rakannya mula mendirikan rumah tangga.Dia masih lagi menyendiri.Entah mengapa dia beriya menafikan perasaan yang ada dalam hati buat Aiden.Peristiwa beberapa bulan yang lalu kembali mengimbau dalam ingatan.Segar , dan bagaikan payah untuk hilang.
“Aiden dah tinggalkan Malaysia.Dia nak mulakan hidup baru kat China.I hope he can do that.”cerita Kevin.Tersentak hati Hazira buat pertama kalinya mendengar bait-bait yang keluar dari mulut Kevin.
“But then , why must you tell me ? Penting ? “soal Hazira.
“Hazira , I tak faham dengan you.You jangan nak tipu I.I tengok diri you saat Aiden nyanyi lagu tu.Even dia tak mention nama you ,I nampak diri you yang macam terasa lagu tu untuk diri you.Zira , susah ke nak terima dia ? Kenapa ? Kenapa you nak nafikan perasaan you sendiri ? Dulu , you tolak diri dia mentah-mentah.Tapi dia usaha cari you.Time Joshua nak kahwin dengan Aishah , dia sangat gembira.Sebab dia tahu , dia mesti Berjaya untuk pikat hati you,Tapi , you sikit pun tak pernah kasi dia peluang.Kenapa Zira ? Kenapa ?”soal Kevin bertubi-tubi.Marah barangkali.Hazira masih senyap.
“Dia tak pernah bercinta dengan wanita lain.Ramai yang sukakan dia , tapi dia tetap tunggu you.Zira , better you ubah cara you.I tak faham , kenapa you tak mahu terima dia ?Terlalu hinakah dia pada mata you ? I tahu , mungkin you masih marahkan dia pasal peristiwa dahi you tu.Come on , benda tu dah lama berlalu , dan I rasa he do minta maaf dengan you.Tapi you tak layan kan ? “tambah Kevin lagi.
“Kevin , I nak balik.”
“Nanti , I tak habis cakap lagi.,”
“I cakap I nak balik.I nak balik ! “ tegas nada yang Hazira.Kevin mati akal.Niatnya untuk membantu bagaikan tidak disambut oleh gadis ini.
Hazira  mencari CD yang diberikan Kevin saat pemuda itu menghantarnya ke rumah.Seingatnya , dia tidak pernah mendengar akan isi kandungannya.Segera dia memasang CD tersebut.Bergenang air matanya saat lagu itu mula dimainkan .
Xxxxxxxxx
Cadangan Puan  Athirah supaya menerima pinangan  Imran dipersetujui Hazira.Dia redha dengan apa yang berlaku.Setahun berlalu , namun tiada jawapan dari Aiden.Mungkin jejaka itu menemui cintanya di China.Majlis pernikahan dicadangkan berlangsung pada malam Jumaat.Kata Puan Athirah , banyak berkatnya.
Dengan sekali lafaz , Hazira sah menjadi isteri orang.Dia diam , tidak bersuara.Air matanya mengalir, mungkin bersyukur.Saat yang paling ditakuti kian menghampiri.Debar jantungnya kian hebat.Bagaikan mahu keluar.Langkah kaki suaminya kian menghampiri.Dekat , dan semakin dekat.Jarinya diangkat , cincin disarungkan.Dia mencium penuh hormat tangan Imran.Namun , bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
“Imran , cepat cium dahi isteri kamu.Malu-malu pulak.Ramai lagi nak tengok ni.” Arah Mak Andam.Hazira mengangkat penuh sabar mukanya.Dengan ucapan bismillah , dia mendongak ke atas.
“Selamat Pengantin Baru sayang.Abang harap , Zira tak tunggu abang lagi.Maaf sebab abang lambat , “ suara itu mula berkata-kata.
“Se.. Selamat Pengantin Baru.Abang ?”
“HMM, abang lah.Takkan nak ber ‘I’ dengan ‘you ‘ lagi ? Sekarang Zira dah jadi isteri abang tau ?My new name , Aiden Imran Abdullah Lee.Nice name right ? “ tambah Aiden lagi.Saat itu , bilik mereka kosong.Tinggal mereka berdua sahaja.Segera Hazira bangun .Air matanya kembali mengalir.Sungguh dia terharu.Kesabaran Aiden  membawa mereka ke jinjang pelamin.
“Abang , maafkan Zira.Zira tak patut buat abang tunggu lama.Maafkan Zira.” pantas dia memeluk suaminya.Aiden memeluknya kembali.Disapunya air mata Hazira.
“Its okay sayang.Dah , tak mau nangis.Nanti mata bengkak.InsyaAllah , kita  sama-sama bawa perkahwinan kita hingga ke akhir hayat.Ingat , Im not complete without you.I love you . “ balas Aiden romatis.Hazira tertawa sendiri.Sesungguhnya , ALLAH mendengar doanya.Dan pilihan hatinya tidak salah.Nyata , dia bersyukur .
#TAMAT#

sorry with the messy ending...whooaaa , aku tak de idea dah ni . . :)
thanks for reading ( hidung meleleh ni..HAHA )


ni song die :) # special thanks to izyan and bie . .
heehhehe :)

4 comments:

miss sayed said...

perrgghhh!!
aku taw sape aiden,
aku taw sape joshua,
au taw sape aishah,
tapi aku rasa aku lagi taw sape itu HAZIRA..
ha.ha.ha.
good try dear!

cik mira said...

nanti aku letak nama MISS SAYED kang baru taw **
haha ^^
nanti aku letak cerita yang kedua.
*in progres*

cik mira said...

mm tau sape naizatul ? sape mariam ?

miss sayed said...

ala..dua orang tu aku tak sempat nak belek la..scene deme pon sikit je..
sape ek?
kuasa tilik aku tak mari lak skang..
hehe