Thursday, December 22, 2011

aku penat :( tired , lonely anddd ahhhhhh !

assalamualaikum .

sekarang dah pukul berapa ni  . aku tak mengantuk pun lagi . ye ahh , petang tadi berapa lama aku tidoo . kire macam plan tak mau tidoo dah la malam ni . tapi  mcm tak de bende pulak nak buat kan . gilee ahh , padahal keja aku melambak lagi kottt . buat  chemm ahh pas ni

so , mcm yg korg taw , sekarang aku dah masuk second semester . aduuh , PENAT .
tu aje ayat yang mampu aku cakap sekarang . second sem ni sgt memenatkan , mmg terkejar segala benda lah . kra mcm aku kena berkorban banyak masa brbanding dulu ahh .

kata nak flat , mmg kene byk berkorban ahh ,. my future husband  dah flat , so aku mau flat mcm die jugakkk ahhh .

semalam , aku msj kawan aku . die ckap , die pun penat , rasa nak menangis .
die budak medik , dan aku rasa kalau aku dalam tempat die , aku quit terus amik medik kot , aku bukan kata medik tu susah ,tapi tak  ahh nak cakap sng , tapi medik ni kena RAJIN . aku ni memang nama pemalas kott .

then , kitorg berborak pasal khidupan masing. aku dgn cerita aku , dan die dgn cerita die . aku cerita yang aku suke kat someone kat sini
and she ask who ?
how could i told her , lagipun die tak kenal .
then she keep asking me.. ahahhh
die menjerit bile tau aku suke mamat cina. mengamuk sakan akak ni . haha .
ye ahh , nak khwin dengan korean guys , aku nak suju ngan ukiss aje .
lain , aku tak mau . kalau chinese man , haha , malaysia pun banyak  taw !!

uppsss , uppsss , upps ,aku merepek sgt ni .

tapi , aku taw , kalau aku sakit sekarang , aku akan senang kemudian . dalam masa tiga bulan lebih ni lagi , akau akan lipat gandakan usaha nak dapat apa yang aku nak  ( cehh , dah macam luahan perasaan ahh pulak kann )

okayy la, mau tido ., esok balik ~! HAPPYY !!

( aku ade niat , kalau aku jumpa MR .G tim pergi kelas pagi selasa last week , aku ada jodoh dgn dia.
YA ALLAH , aku terserempak kot dgn dia . AGHHHHH SUPER HAPPY ! ) :) :) :)

Friday, December 02, 2011

bila rasa MAMA lebih penting dari presentation ^^

assalamualaikum peeps ! okay , sebenarnya aku memang target tak mau dahh update belog untill the end of the semester 2. kire cam bajet nak concentrate study ahh ni kan .
tapi . . aku rase macam nak pulak. so , aku online ahh

ada anda menonton Mnet Asian Music Awards ? (MAMA) for those who are really in LOVE in Kpop freak , i guess you do right ?
alah , aku ponn tengok laaa. sebab tu presentation English aku teroook  tu.
habis aku kene bebel ngan MAdam H***.
its okkay , sebab memang salah kitorang poon.Okay , stop cite pasal ni.aku nak cite pasal MAMA ni.


first of all , congratulations to SUPER JUNIOR ! well , you deserve it ! gillaa ahh, tiga aawards kot . kau ade ?

sangat mengharukan bila dengar ucapan teukie. to kibumm ,hanggenngg , kangin and chullie.
ahh , aku taw., ELF sume mesti masih mengharapkan yang 13 of them akan kembali perform atas stage yang sama. me too.
uri leader , ucapan sangat kasi I touch laaa..

*entah , aku GOOGLe ELF , dapat ni *


*ni lah MAMA* 


ni pulak saat diorang menang the best ALBUM.apa yang aku sangat terkejut , ni first time diorang datang MAMA. wahh , sekali  datang , terus rembat 3 awards eh ??
great , awesome !
apepun , aku akan terus sokong and sayang korang !
terharu bile tengok sungmin , khyuhyun , shindong , yesung hae , menangis. ye ahh , bukan senang ohh nak tengok depa nangis. lain ahh teukie and HAE .haha
its okkay , benda dah habis. yang pasti diorang akan terus bekerja keras demi band yang bergelar SUPER JUNIOR !

uri , super junior oheyo !

Saturday, November 26, 2011

Alhamdulillah kita dikategorikan sebagai Umat yang UNIK :) *ISTIMEWA*

tadi aku jalan-jalan.Yes, jalan-jalan.Dekat mana ?Dekat facebook lah.Nak jalan kat mana lagi ? I bet semua yang ada facebook kat Malaysia ni , mesti akan jalan-jalan dekat sana.Entah apa yang dicari pun aku tak tahu :)
*TERASA*

then , aku terbaca ni.Aku nie , LIKE aje page-page ISLAMIK, bacanye idok.Tapi bile page-page ni selalu update , aku bace lah tadi.
cr: to  ILoveAllah.com


Sahabat ILoveAllaah.com semuanya, mari menjadi unik!!

Manusia unik, salah satu dari yang mampu shalat subuh di saat banyak yang tertidur lelap.

Manusia unik, salah satu dari yang menjaga pergaulan di saat banyak yang bergaul bebas.

Manusia unik, salah satu dari yang membaca al-Qur'an di saat gundah sementara yang lain berpesta dan mendengarkan musik.

Unik itu LUAR BIASA !!!

jadi ? bagaimana sahabat ? unikkan kita ? mampu ke orang lain nak buat seperti yang hamba Allah lakukan ni ?
Aku pun kengkadang tu lewat aje subuh.Duduk aje sebelah,dekat-dekat dengan lelaki.Malas aje bace Al-Quran.Tapi , as a human , we need to change.Sempena Tahun BAru Awal Muharram ni , apa kata kita jadi yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.
kalau suka layan korea , * kurang kan sikitttt *
kalau suka bangun lewat *cuba bangun awal.*
kalau suka tido petang , lepas kelas * buat latihan math *

aku tak la cakap aku perfect , buat semua mende yang aku tulis ni , tapi aku cuba nak jadi macam yang aku tulis ni.Kita tak boleh nak direct change ourlife style , tapi kalau kita cuba sikit-sikit , boleh .InsyaAllah.
(dalam aku dok tuleh ni , ade ke baby tahun baru ISLAM ?) * korang paham kan ? * selalunya tahun baru yang 1.1. tu memang banyak lah .* manusia akhir zamannnnn * - mintak dijauhkan .AMIN .

okay , thanks for reading dear ! <3

Friday, November 25, 2011

#sambungan Jika Benar

well , aku dah kontang dengan idea sebenarnya ni.Kat hostel , melambak aje, bila dah balik ni macam tertinggal kat KMPk lah pulak.Cerita ni aku saje reka aje taw ? Jangan nak fikir lain pulak.Sambungan macam panjang sikit.Aku ingat nak sambung macam novel , tapi tak sempat dah . Ni  #LINK#  part 1 :)



What ? With Joshua ? Are  you going to marry him ? Is that true ? Tell me the truth , Aishah ! “ kata Hazira separuh menjerit . Tidak disangka , perasaan  Aishah yang dipendam lama , kini berbalas dengan cinta oleh Joshua.
“Hmm , macam tu lah. Apsal ? Tak percaya ke ? “ Aishah mengambil tempat di sebelah Hazira.Hazira masih leka merenung kad jemputan yang berada ditangannya.Ingatan  kepada  zaman  matrikulasi kembali  segar dalam ingatan .Apa yang pasti , Joshua sangat cemerlang , kerana mampu mengekalkan pointer 4.00 nya untuk setiap semester.Itu yang sangat mengagumkan tentang Joshua bagi Hazira.
“And his name ? Maksud aku , takkan lah nama dia still Joshua ? Mesti dah convert dia ni kan ? “tanya Hazira penuh minat .
“Zira , macam man abaca kad kahwin ni ? Jelas kan kat situ nama dia Farhan  Joshua Abdullah Yee.Aduh akak ni , excited  sangat.Simple punya perkara pun boleh tak perasan.” bebel  Aishah.
“Shah , aku nampak Joshua aje.Perkataan Farhan  tak  perasan pulak.Eii , bestnye kau Shah , jumpa balik dengan mamat Cina ni.Aku ingat  lagi , macam mana kau punya gila ahh kat Joshua ni.Last-last kahwin jugakk korang  kan ? Aku ni , bila lah lagi,,,”ngomel Hazira sendiri.
“Dulu , time Aiden  Lee kejar , kau lari.Sekarang nak cakap Ecah  untung pulak.Zira tak cuba  cari dia ? I bet dia still contact with  Joshua.Diorang kan dari sekolah menengah sampai U sama.Kerja je yang lain-lain rasanya.” Jelas Aishah.Hazira pura-pura tidak mendengar.Otaknya ligat mencari idea untuk beredar  dari situ.Riak wajah ketara berubah saat Aishah menyebut nama Aiden.
“Shah , baru aku ingat! Mak aku ada call pagi tadi.Tapi lupa nak angkat.Aku naik dulu , nak call dia kejap.Takut ada perkara penting.Bye ! “segera Hazira mengangkat kaki.Dibawanya sekali kad jemputan Joshua dan Aishah naik ke bilik.
“Saja cari alasan kan ? Kirim salam kat Mak.Ecah lama tak pergi Petaling makan ikan patin. Rindu ! “balas Aishah sambil mencapai remote control Astro yang berada di atas meja.

Xxxxxxxxxx
“Farhan Joshua ! Tahniah ya ? I tak sangka you kahwin jugak dengan my best pal !Sampai hati tak inform ! “ ucap tahniah yang diberi sebaik sahaja Hazira mendekati kedua pasangan itu.Walaupun berbangsa Cina , ternyata , Joshua nampak segak dan tampan memakai baju  Melayu.
“I tak mau tunggu lama-lama.Lagi cepat , lagi baik.You bila lagi ? I rasa dalam rumah you tu ada you dengan Nai aje kan ? Cepat kahwin macam I maa . . “gurau Joshua.Hazira ketawa mendengar soalan itu.
“I bukan tak maul ah.Tak de siapa yang sudi.Alah , rumah tu nanti , I cari orang baru masuk lah.Lagipun tu bukan rumah I pun.I tumpang jugak.Sengaja cari peluang nak duduk jauh dengan Mak.Now , rasa menyesal pulak.Joshua , I balik dulu taw ? Send my regards to Ecah.Petang ni nak balik rumah Mak.Rumah tak de orang. . hehe. . “Hazira mula meminta diri.
“You balik sorang ke ? Naik apa ? “tanya Joshua.Seingatnya , Hazira telah bermalam di Ipoh semalam.
“I naik bas lah.Apa , ingat ada putera raja nak dating ambil ke ? “ gurau Hazira.Namun , gurauannya tidak diendahkan Joshua kerana jejaka itu leka memerhatikan sesuatu.
“Kalau macam tu , I hantar you balik KL.”sampuk satu suara.Hazira tersentak .Suara itu , suara yang sudah tidak didengar selama beberapa tahun.Namun mengapa kini suara itu muncul kembali ? Mengapa?
“Haah  la Zira.Balik dengan Aiden.Ecah lupa nak cakap tadi yang Zira boleh balik dengan Aiden. Ecah rasa tak sempat abang nak hantar Zira ke station bus kan ? “ giliran Aishah pula menyampuk.Hazira mati akal.Mengapa saat sukar ini perlu dilaluinya sekarang ? Mengapa ?
“Its okay.I boleh balik sendiri.Ecah , umi dengan abi dalam rumah kan ? Aku nak masuk ambil beg kejap.Kat depan boleh tahan teksi kan ? Ok , mintak diri dulu ye semua…”Hazira segera mengangkat kaki.Selesai mengambil beg dan meminta diri dari Umi dan Abi , kakinya laju mengatur langkah.
“Nur Hazira ! Nanti dulu ! You nak pergi mana ? Sekarang dah petang ! Masuk kereta I sekarang ! “jerit Aiden dari  dalam kereta.Hazira buat tidak mendengar.Dia laju mengatur langkah.Aiden memotong jalan Hazira.Dia memberhentikan kereta dihadapan gadis itu.Langkah gadis itu mati.Dia kelu!
“You nak apa lagi Aiden ?I nak cepat lah.”tanya Hazira.Namun matanya tidak memandang mata lelaki itu.Dia tidak punya kekuatan.Aiden tidak bersuara , namun segera menarik lengan gadis itu masuk kedalam kereta.Hujan yang turun lebat dengan tiba-tiba memaksanya berbuat begitu.Hazira menurut tanpa kata.
Xxxxxxx

“Kenapa you tak pernah kasi I peluang ?” tanya Aiden.Sekarang , gadis ini tidak dapat lagi mengelak.Hazira senyap.Malas mendengar dan menjawab.Matanya leka melihat kelibat manusia yang lalu lalang.Yang pasti , pertemuan mereka kali ini tidak dirancang sebenarnya.Kesungguhan Aishah dan Joshua mengajaknya ke Times Square bermain boling tidak dapat ditolak.Masakan tidak , Joshua sanggup memandu kereta dari Ipoh ke Petaling agar kemahuan mereka dipenuhi.Namun apa yang diberitahu tidak terjadi dengan apa yang sepatutnya.Dia kini ditinggalkan berdua bersama Aiden.Mengapa lelaki ini mesti hadir ?
“Peluang apa yang you nak ? I tak faham , “ jawab Hazira acuh tidak acuh.Sebetulnya dia ingin membiarkan sahaja pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan.Entah bagaimana mulutnya menjawab tanpa disedari.
“Peluang untuk I kenal diri you.Untuk you kenal siapa diri I yang sebenarnya.Kenapa setiap kali I nak dekat dengan you , mesti you elak.Kenapa ? “Aiden mula mengasak Hazira dengan soalan.Dia tidak teragak lagi.Hari ini mesti member jawapan kepada setiap soalannya.
“Dan kenapa I mesti beri peluang itu kepada you ? Aiden , wanita lain masi banyak kat luar sana.Kenapa you mesti pilih I ?”
“You tak jujur Hazira.Kenapa you tak jawab soalan I ? Kenapa I yang mesti jawab soalan you ?Jujur dengan diri you sendiri ! “ Aiden tegas disitu.
“I bukan tak nak kasi peluang pada you.Tapi you tak punya peluang tu.Maafkan I.I nak balik.”Hazira segera berlalu.Tangannya laju menaip pesanan buat Joshua.Bimbang dia dan Aishah kelam mencari dirinya nanti.
Xxxxxx

Kotak yang tersimpan dibawah katil ditarik perlahan.Satu persatu isinya dikeluarkan.MATRIKULASI sesi 2011/2012.Album yang menyimpan seribu satu kenangan.Tangannya mula menyelak muka setiap album.Walau sekejap kenangan yang dicipta , namun sangat besar ertinya bagi Hazira.Di sini jugalah dia kenal akan jejaka yang bernama Aiden Lee.Tipu ,bohong jika Hazira tidak punya perasaan padanya.Namun dia bagaikan mahu menafikan perasaan itu.Pesanan Mariam masih diingat jelas.Tiba-tiba sekeping gambar jatuh.Gambar Aiden ! Gambar Aiden dan dirinya .Andainya waktu dapat diputar , bisik hatinya perlahan.Telefon bimbit yang bordering mematikan lamunan.Aishah !
“Asslamualaikum.Magnae , kau buat apa tuh ? Solat belum ? “ Aishah memulakan bicara.Hazira tersenyum.
“Dah la.Kau dah ? Mesti solat imam dengan Farhan Joshua kan ? Kan ? Kan ?”usik Hazira.
“Eh ,nak kenakan orang pulak.Zira , esok Joshua nak buat perasmian pembukaan café mama dia.Zira jemputlah datang sekali.Jangan tak datang pulak.Esok petang , Ecah dengan Joshua nak balik Penang dah.Hehe , cuti dah habis.Lusa start kerja.”
“Kafe ? Okay , aunty punya pasal , aku datang.Weh , petang tadi punya hal , sorry taw ?Ada hal kejap.Tu yang balik tetiba aje tu.. “ terang Hazira.
“Alah , Ecah tahu.Aiden ada cakap tadi.Dia kata Zira dapat call , kena balik segera.Dia pun balik lepas tu.”
“Oh ye ke ? Esok pukul berapa ? “
“Pukul 2.00 petang.Jangan lupa datang taw ? Mama  pesan banyak kali suruh datang.Nanti dia bebel kat Ecah pulak.Ok lah Zira , nak mamam ni.Assalamualaikum..”
“Okkay,Waalaikumsalam.. “ balas Hazira.

XXXXxxxxxxx
Berhati-hati Hazira melangkah masuk ke dalam kafe.Kelibat Aishah dan Joshua segera dicari, namun tidak berjumpa.Dia mengambil tempat, sambil matanya ligat  memerhatikan hiasan kafe baru itu.Semuanya nampak simple , namun sempurna pada matanya.
“Excuse me miss ? May I take your order ? “tegur Joshua.
“You ni kan ? Eish , terkejut I ! Free ke kena bayar ni ? Mama mana ? Kata dia yang beriya ajak I datang sini.”
“Mama tak sampai lagi.Tauke besar , siap lama mehh.You nak minum apa ni ?”tanya Joshua sekali lagi.
“You kasi I air yang paling istimewa sekali dekat sini.Ecah mana ?”soal Hazira sambil matanya liar memerhatikan keadaan sekeliling.
“Ecah kat belakang.Dia sibuk sikit hari ni.You nak air special ? Okay , nanti I suruh my brother hantar.Anything else ? “
“Nope.”balasnya ringkas.Tidak lama kemudian , minumannya dihantar Jordan , adik bongsu Joshua.Comel !Majlis perasmian berlangsung dengan lancer.Aunty  Joleane nampak sangat anggun dan bergaya petang itu.Nampaknya , benar kata Aishah , Aunty Joleane sangat teruja sebaik sahaja ternampak akan kelibatnya disitu.Hazira hanya mampu melemparkan senyuman sambil memeluk wanita tua itu.Majlis diteruskan lagi dengan persembahan.Saat itu , semua mata menumpukan perhatian kepada pentas.Aishah juga mengambil tempat pada meja yang sama dengan Hazira.
“Zira , lupa nak story, petang ni kita ada persembahan special dari Joshua and the gang.Thats why dia nampak rilek aje tadi.”terang Aishah tanpa dipinta.Hazira mengangguk.Joshua and the gang ? Cute !
“Dia ada band ? Nama ?”
“Four-S, tapi Ecah tak sure maksud S stand for what.Enjoy the son yah ? “balas Aishah.Hazira memalingkan badannya ke pentas.Joshua , Kevin , Khairul dan , Aiden ! Segera dia membulatkan matanya.Aiden , ya , Aiden yang berada di atas pentas sana.Jantung Hazira bagaikan berhenti mengepam.Aiden mula memetik gitar.Dia juga yang bakal menyanyi.Hazira menanti penuh sabar.Matanya tidak berhenti memandang jejaka itu.

Empty spaces fill me up with holes
 Distant faces with no place left to go
 Without you within me I can't find no rest
 Where I’m going is anybody’s guess

 I tried to go on like I never knew you
 I’m awake but my world is half asleep
 I pray for this heart to be unbroken
 But without you all I’m going to be is incomplete

 Voices tell me I should carry on
 But I am swimming in an ocean all alone
 Baby, my baby
 It’s written on your face
 You still wonder if we made a big mistake

 I'd try to go on like I never knew you
 I’m awake but my world is half asleep
 I pray for this heart to be unbroken
 But without you all I’m going to be is incomplete

 I don’t mean to drag it on, but I can’t seem to let you go
 I don’t wanna make you face this world alone
 I wanna let you go (alone)

 I'd try to go on like I never knew you
 I’m awake but my world is half asleep
 I pray for this heart to be unbroken
 But without you all I’m going to be is incomplete
Incomplete
Sungguh lidahnya kelu untuk berkata.Dia bagaikan tidak bernyawa ketika itu.Terasa dirinya keseorangan disitu.
“This song special made for someone there.I hope she listen to me.And I hope she understand . “ ujar Aiden sebelum berlalu meninggalkan pentas.Hazira memandang langkah jejaka tersebut hingga hilang dari pandangan.

Xxxxxx
*( Sebelas bulan berlalu )*
“Joshua , Ecah , congrate yah , for the new baby.I tak sempat nak datang tengok.Next week , I datang Ipoh okay ?”ujar Hazira sebaik sahaja panggilannya diangkat Joshua.
“Memang pun.Asyik sibuk memanjang.Kitorang dah dapat baby baru ni , you bila lagi ?”
“Alah you ni , asyik nak peril I aje.Tengok lah , kalau dah jodoh tu , adalah nanti.Baby boy kan ? Tahniah taw.Nama ? “
“I tak fikir lagi.Okay lah , I tak boleh cakap lama ni.Mama tak tahu lagi ni.Tak sempat nak call tadi.Assalamulaikum .”
“Okay .Nanti say Hi to her  from me okay ? Waalaikumsalam.”Hazira mematikan  panggilan.Terasa dirinya kini keseorangan.Satu persatu rakan-rakannya mula mendirikan rumah tangga.Dia masih lagi menyendiri.Entah mengapa dia beriya menafikan perasaan yang ada dalam hati buat Aiden.Peristiwa beberapa bulan yang lalu kembali mengimbau dalam ingatan.Segar , dan bagaikan payah untuk hilang.
“Aiden dah tinggalkan Malaysia.Dia nak mulakan hidup baru kat China.I hope he can do that.”cerita Kevin.Tersentak hati Hazira buat pertama kalinya mendengar bait-bait yang keluar dari mulut Kevin.
“But then , why must you tell me ? Penting ? “soal Hazira.
“Hazira , I tak faham dengan you.You jangan nak tipu I.I tengok diri you saat Aiden nyanyi lagu tu.Even dia tak mention nama you ,I nampak diri you yang macam terasa lagu tu untuk diri you.Zira , susah ke nak terima dia ? Kenapa ? Kenapa you nak nafikan perasaan you sendiri ? Dulu , you tolak diri dia mentah-mentah.Tapi dia usaha cari you.Time Joshua nak kahwin dengan Aishah , dia sangat gembira.Sebab dia tahu , dia mesti Berjaya untuk pikat hati you,Tapi , you sikit pun tak pernah kasi dia peluang.Kenapa Zira ? Kenapa ?”soal Kevin bertubi-tubi.Marah barangkali.Hazira masih senyap.
“Dia tak pernah bercinta dengan wanita lain.Ramai yang sukakan dia , tapi dia tetap tunggu you.Zira , better you ubah cara you.I tak faham , kenapa you tak mahu terima dia ?Terlalu hinakah dia pada mata you ? I tahu , mungkin you masih marahkan dia pasal peristiwa dahi you tu.Come on , benda tu dah lama berlalu , dan I rasa he do minta maaf dengan you.Tapi you tak layan kan ? “tambah Kevin lagi.
“Kevin , I nak balik.”
“Nanti , I tak habis cakap lagi.,”
“I cakap I nak balik.I nak balik ! “ tegas nada yang Hazira.Kevin mati akal.Niatnya untuk membantu bagaikan tidak disambut oleh gadis ini.
Hazira  mencari CD yang diberikan Kevin saat pemuda itu menghantarnya ke rumah.Seingatnya , dia tidak pernah mendengar akan isi kandungannya.Segera dia memasang CD tersebut.Bergenang air matanya saat lagu itu mula dimainkan .
Xxxxxxxxx
Cadangan Puan  Athirah supaya menerima pinangan  Imran dipersetujui Hazira.Dia redha dengan apa yang berlaku.Setahun berlalu , namun tiada jawapan dari Aiden.Mungkin jejaka itu menemui cintanya di China.Majlis pernikahan dicadangkan berlangsung pada malam Jumaat.Kata Puan Athirah , banyak berkatnya.
Dengan sekali lafaz , Hazira sah menjadi isteri orang.Dia diam , tidak bersuara.Air matanya mengalir, mungkin bersyukur.Saat yang paling ditakuti kian menghampiri.Debar jantungnya kian hebat.Bagaikan mahu keluar.Langkah kaki suaminya kian menghampiri.Dekat , dan semakin dekat.Jarinya diangkat , cincin disarungkan.Dia mencium penuh hormat tangan Imran.Namun , bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
“Imran , cepat cium dahi isteri kamu.Malu-malu pulak.Ramai lagi nak tengok ni.” Arah Mak Andam.Hazira mengangkat penuh sabar mukanya.Dengan ucapan bismillah , dia mendongak ke atas.
“Selamat Pengantin Baru sayang.Abang harap , Zira tak tunggu abang lagi.Maaf sebab abang lambat , “ suara itu mula berkata-kata.
“Se.. Selamat Pengantin Baru.Abang ?”
“HMM, abang lah.Takkan nak ber ‘I’ dengan ‘you ‘ lagi ? Sekarang Zira dah jadi isteri abang tau ?My new name , Aiden Imran Abdullah Lee.Nice name right ? “ tambah Aiden lagi.Saat itu , bilik mereka kosong.Tinggal mereka berdua sahaja.Segera Hazira bangun .Air matanya kembali mengalir.Sungguh dia terharu.Kesabaran Aiden  membawa mereka ke jinjang pelamin.
“Abang , maafkan Zira.Zira tak patut buat abang tunggu lama.Maafkan Zira.” pantas dia memeluk suaminya.Aiden memeluknya kembali.Disapunya air mata Hazira.
“Its okay sayang.Dah , tak mau nangis.Nanti mata bengkak.InsyaAllah , kita  sama-sama bawa perkahwinan kita hingga ke akhir hayat.Ingat , Im not complete without you.I love you . “ balas Aiden romatis.Hazira tertawa sendiri.Sesungguhnya , ALLAH mendengar doanya.Dan pilihan hatinya tidak salah.Nyata , dia bersyukur .
#TAMAT#

sorry with the messy ending...whooaaa , aku tak de idea dah ni . . :)
thanks for reading ( hidung meleleh ni..HAHA )


ni song die :) # special thanks to izyan and bie . .
heehhehe :)

Monday, November 21, 2011

Jika Benar .

this is my first cerpen.Hope korang suka.
heyheyhey, ni kengkawan aku taw , bukan yang ada kat matrik aje , dari sekolah sampai matrik semua aku masuk.ni series 1.series 2 nanti  aku masukkan , esok ada bio . . bio tak baca lagi ! whaaaaaaa !


“Adduuuhhh ! “ lama jeritan itu berbunyi .Lama  juga mata itu memandang terhadap jejaka  yang sedang terpana di depan mata.

“ Ya ALLAh , kau tak pape ke Hazira ? “suara  Mariam berbaur cemas .Risau semakin menguasai diri sebaik sahaja memandang darah yang keluar dari dahi temannya itu semakin membanjiri tudung  Hazira.

“Awak tak pa-apa ke ? Maafkan saya tak sengaja . “kata Aiden. Saat itu , hanya hati yang mampu berbicara.Disebabkan leka bergurau dengan Joshua , tak semena-mena ,raket tennis yang dipegangnya memukul pasu yang bergayutan di sekitar Anjung Siswa.Saat itulah Hazira  keluar dari Anjung mengejar Mariam tanpa melihat kiri dan kanan dan ketika itulah pukulan Aiden mengena dahinya .

“Eh , apa yang berlaku ni ? Joshua , kenapa ni ?” tanya Encik Razman cemas.Joshua menceritakan apa yang berlaku.Segara Encik Razman mengarahkan Mariam membawa Hazira ke arah keretanya yang dipakir di belakang.

“Biar saya tolong .” tawar Aiden walau dirinya masih lagi  terpana dengan kejadian sebentar tadi.Walau bagaimanapun dia tahu insiden ini terjadi kerana dirinya .

“Jangan.Jangan sentuh kawan saya.Pergi ! “ kata Mariam tegas.Naizatul yang berada disisi Hazira sambil meletakkan sapu tangan miliknya didahi Hazira hanya memandang kelu.Terkejut dengan tindakan Mariam.

“Aku kata jangan dekat ! “ Mariam menguatkan suaranya lagi.Aiden mengangkat tangan tanda berundur dan mengalah.Mungkin dia membantu saat yang salah.

“Nai , cepat tolong aku papah Zira . Darah dia makin banyak ni .Aku takut dia pengsan pulak nanti .Lagi susah nak angkat .”arah Mariam. Naizatul hanya mengangguk.Segera dia membantu Mariam memapah Hazira ke kereta.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Haah , aku pun rasa macam kau .Nanti senang sikit nak study .Lagipun kalau tak faham , catit aje kat tepi .Senang nak catch apa yang kita tak faham .”balas Hazira tanda dia bersetuju.

“Kau cakap semua setuju.Apa aje yang kau tak setuju dengan cadangan Mariam ?Semua kau setuju . .”sindir Haida.Naizatul dan  Aina  mengangguk tanda bersetuju.

“Alah , apa salahnya.Bukan aku setuju nak kahwin dengan Donghae ke , Onew ke..”

“Daahhh .. tak payah nak cerita korea-korea dengan aku. Dah la dahi berjahit.Bila nak bukak jahitan tu ? Macam gangster Malaya kolej dah aku tengok.Gerun kau tahu tak ?”Haida bertanya.Terkejut juga dia semasa mendengar cerita Naizatul ketika itu.Senyap seminggu kelas mereka tanpa kehadiran Hazira yang sentiasa membawa gossip.

“Kau pun sama Ida.Nak memerli aje akak ni.Dia dah la baru keluar hospital .Baru balik kolej.Aku tak pasti kalau chapter-chapter semester ni yang dia dah hafal sebelum ni dia ingat lagi ke tak ? Kalau sem lepas  aku tak mau tanya sebab aku pun tak ingat.. “ketawa  Mariam.Namun ketawanya terhenti saat seseorang lalu dihadapan mereka.

“Hoi akak.Senyap tetiba apsal ? Tadi gelak macam apa aje .”Naizatul melemparkan kata tanya.Mariam segera memandang Hazira.Peristiwa bulan lepas segera bermain diminda.Wajah Hazira dipandang lama tanpa kata.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Excuse me.You are the one yang I langgar last month kan ?Ingat ?” Aiden menahan jalan Hazira.

“Haha ? Mana you tahu I yang you langgar ?Setahu I dalam kolej ni tiada student yang dibenarkan untuk pandu lori.Apatah lagi kereta.” Sindir Hazira.Geram saat perjalanan dirinya ditahan ke kelas.

“Pandai berlawak.Nasib baik I faham bahasa Malaysia.Kalau tak susah nak translate .”giliran Aiden memancing  tawa Hazira.

“Its okay.By the way , ada apa-apa lagi ? I on my way to class.Is there anything else Mr ?” Hazira mula membuat muka.Sudah lima minit dia lambat masuk ke kelas Puan  Baizura.Bimbang pula dirinya menjadi bahan sindiran antara pensyarah Biology  yang terkenal dengan sikap tegas di kolejnya.

“Aiden.Aiden Lee.You can call me Aiden.Macam ni , your phone number please ?I masih rasa bersalah pada you.Maybe ada something yang boleh I buat untuk tebus kesalahan I ?” Aiden menjelaskan niat dirinya yang sebenar.Bimbang pula tujuan dirinya disalah anggap oleh gadis Melayu ini.Hazira memandang jejaka Cina itu dari atas ke bawah.Segara dia menarik muka.Tak malu ! Dengan segera langkah kaki ke kelas Puan Baizura dipercepatkan.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Mariam  sengaja menjarakkan langkahnya dari Hazira.Panas hatinya melihat apa yang berlaku sebentar tadi.Niatnya mahu mencari Hazira dengan membohong Puan Baizura memakan hatinya sendiri.Tidak disangka Hazira masih lagi boleh bergurau senda dengan Aiden , lelaki yang telah hampir membunuh dirinya sendiri.Segera dimatikan niat turun ke tingkat bawah saat Aiden dengan beraninya mendekati  Hazira.

“Mar , kau ni kenapa ? Dari tadi aku tengok kau pandang Zira macam nak telan dia aje.Apsal ? Lapar sangat dah ? Tak boleh tunggu sampai kafe ? “ tegur  Naizatul yang sedar dengan kelakuan pelik Mariam.Setahunya , Mariam dengan  Hazira sukar untuk berpisah.Kemana Hazira pergi , mesti ada Mariam  ada bersama dan begitulah sebaliknya.

“Tak de lah.Zira tu aku tengok gembira semacam.Tercabut wayar ke ? Haha.” Ketawa Mariam .Tidak ikhlas.Naizatul hanya menggeleng.Pasti ,ada sesuatu yang disembunyikan.



Xxxxxxxxxxxxxxxx



Peperiksaan  Tahun  Akhir  berlalu dengan pantas sekali .Tidak disangka , sepuluh bulan yang  dijanji  berakhir  dengan sebegitu pantas.Hazira segera mengemaskan begnya.Matanya  pantas  mencari  Mariam .

“Mana Mar ? Tak keluar lagi ke ? Dewan dah kosong …” soalan diajukan  kepada Naizatul .

“Tadi aku nampak dia.Tadi , tadi dan tadi.Apa yang aku nampak , tadi ..”jawab Naizatul.Hazira segera membuat muka.Tidak mengerti dengan jawapan yang diberikan Naizatul.

“Kau ni Atul.Aku tanya betul-betul , kau main-main pulak.Okay ahh , aku turun dulu.Barang tak habis kemas lagi.Nanti kalau nasib baik , ada chance nak tengok Mister aku buat kali terakhir..” Hazira segera ketawa.

“Yelah , balik sensorang.Tak mau dah ajak aku ni.Nampak Mister kau aje..” rajuk Naizatul.Segera Hazira menarik pipi tembam Naizatul.Segera Naizatul menjerit kesakitan! Comel !

“Okay ,aku ingat kau nak balik sorang –sorang tadi.Mana aku tahu.Jom , balik sekali.Dah la Siti Mariam ni hilangkan diri tanpa kesan.Geram betul.Atul , nanti teman aku pergi bank kejap.Tak de kredit ahh . . “

“Bank , bank.ATM lah .KAu ni , nak habis belajar asyik bank aje.Berapa kali aku nak ajar…” bebelan Naizatul yang tidak menarik perhatian  Hazira.Matanya  asyik memandang seseorang yang kian menghampiri dirinya .Otaknya kini ligat mencari idea agar Naizatul pergi jauh dari dirinya kini.

“Atul , kau nak beli pape tak ?Aku rasa tak jadi lah nak keluarkan duit.Balik jom ? “

“Kau niiii . . “rengek Naizatul  tidak puas hati.Segera kakinya melangkah laju sebaik ditolak Hazira dari belakang .

“Wait ! Nur Hazira.Can you spare your time for me ?Something got to tell .”Aiden menghalang jalannya.Ini kali kedua .Nur Hazira ? Nur Hazira ? Nur  Hazira ? Nama penuhnya ! Tidak, mungkin dia tersalah dengar .Tapi , nama yang disebut , Nur Hazira.

“Yes.Apa yang you nak bagitahu I ?”

“I tak nak bagitahu kat sini.Jom , duduk kat sana ?” tawar Aiden.Hazira tersenyum sinis.

“Tak mau.Kalau you ada something , bagitahu sekarang.I tak nak pergi mana-mana.Cepat , masa I bukan untuk dibuang dengan macam tu aje.Banyak lagi kerja yang boleh I siapkan berbanding I duduk berborak dengan you.Cepat , kalau you ada something , bagitahu sekarang.”tegas Hazira.

“Okay.Seems you getting angry right now , better I bagitahu sekarang.Tu , luka kat dahi dah elok ?”

“You nampak macammana ?Dah elok ? Dah ?”nada yang dikeluarkan tanda kurang senang.

“Apsal you marah sangat ni ? Something wrong ? I tak bagitahu apa-apa pun lagi . . “Aiden mula berbunyi kecewa.Hazira sedar yang dia tidak sepatutnya bersikap begitu.Namun , janjinya pada Mariam.Dia harus menepati janji itu.Mariam sahabatnya , sedangkan Aiden hanya rakan sekolej yang hanya dikenali beberapa bulan.

“Im sorry Aiden.You nak bagitahu apa ?”suara Hazira mule mengendur.Nada geramnya cuba ditahan.

“Nice, kalau selalu senyum kan bagus.Baru manis.Suka I tengok . . Haha.”Aiden ketawa.Nyata , senyum jejaka ini sangat menarik hati ! Hazira cair !

“Aiden , better you serius sekarang.I kasi peluang pada you sekarang .Nanti I balik baru tahu ..” Hazira mahu memulakan langkah.Segara lengan gadis itu dipegang, tanda mahu menahan.

“Hazira.I nak mintak maaf dengan you.I yang buat muka you jadi macam ni.I tak tolong you masa you berdarah, masa you sakit.I mintak maaf.Maafkan I.”Aiden mula serius.Hazira memandang lagi jejaka itu dari atas ke bawah.Tangannya meleraikan pegangan kemas jejaka Cina itu.Sakit.

“Nur Hazira,I . . I sukakan you..”sebaik habis bersuara, dia melepaskan keluhan.Keluhan yang sangat panjang.Mungkin lama perasaan itu dipendam.

“Aiden , you.Kenapa dengan you ni ?Lepaskan tangan I.Lepaskan !”Hazira memulakan langkah.Dia bingung dengan apa yang berlaku.Aiden memandang gadis itu hingga hilang dari pandangan mata.



*Tujuh  Tahun  Berlalu *
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
 (tunggu sambungan nanti ehh ? )

ni #LINK# series 2 :)

Thursday, November 17, 2011

ISLAM itu agama yang LENGKAP , COMPLETE. . bukankah ?


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak…
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam…
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Belum sempat pendakwah menjawab…Handphone N95 Missionary berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar menanti…Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah… Pendakwah tersenyum…
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?
Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ?
Missionary : Awak tak ada jawapan ?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman…
Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”…
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri…Saya bercakap dengan emak saya… Dia yang telefon saya tadi…
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak…
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?…
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah…Pendakwah mengambi N95 tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut…Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja…Lantas…Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai…bersepaiiiiiiiiii….Merah padam muka Missionary menahan marah…. Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum…

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun… Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone…
Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju… Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)…Begitu juga halnya dengan ALLAH S.W.T… Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah….
Begitu juga dengan awak dan telefon…Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95…ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu…
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse… Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya…

Even aku rase ramai sangat orang zaman sekarang rasa ISLAM kolot ahh , mengongkong ahh , cuba fikir , dalam ISLAM itu mengongkong dan mengkolot , kebaikan LEBIH banyak daripada keburukannya  . . bukankah ?
Roomate aku kat KMPk pernah bagitahu , bahawa Ustaz yang kasi ceramah  kat masjid cakap bahawa ISLAM ini merupakan agama yang sangat menyeluruh .ISLAM menyentuh segala aspek.Sebab , sampaikan nak masuk tandas pun ada doa .Kena langkah kaki kiri .Tertib .
Bagi aku , jangan kita sekadar ISLAM pada nama . NI , tanya rukun iman dengan islam pun belum tentu hafal lagi .*TERASA*
Kita , kalau tak pandai , selagi itu lah kita kena belajar , kena pandaikan diri kita. Macam ilmu .Jangan kedekut Ilmu.
Aki aku (atok ) , die pesan kat aku ni , dan aku masih ingat sampai sekarang .
Ilmu , kalau kita kasi kat orang , kita makin faham , kita makin dapat .
Tapi kalau harta kasi kat orang , bye-bye ahh harta tu.Betul , cuba kasi Album SORRY-SORRY version A kat aku . Mesti korang tak nak kan ? Sebab , nanti aku aje yang dapat sorang .# tak de kena mengena.
oookkkkaay , thanks for reading.
#cr to :penulissenja.com




Wednesday, November 16, 2011

did u ?

Third grade students at Chosun university can read Quran very well during the class " understanding Quran " with prof.Mahmoud Abdul Ghaffar

Ketika anak-anak muda kita mula melupakan al Quran, semakin ramai anak muda Korea mempelajari al Quran. Sehingga kini lebih daripada 30,000 rakyat Korea telah memilih Islam sebagai agama mereka
 



ayat ni sebenarnya aku just copy and paste aje daripada laman web sosial muda yang menjadi kegilaan ramai sekarang , iaitu FACEBOOK .

before balik cuti SEM dulu , kawan-kawan bilik aku ade berborak-borak pasal agama.Agama ISLAM lah , tapi ada jugak yang masuk pasal agama lain . aku tak ingat sangat cerita apa yang kitorang bincangkan , tapi apa yang aku ingat , member aku pernah bagitahu yang nanti  bila nak hari kiamat nanti , negara yang berada di sebalah timur akan ramai yang murtad , yang jauh dari landasan hidup berasaskan agama ISLAM , dan ketika itu , barat akan ramai yang memeluk ISLAM.
aku macam terkejut jugak dengan ayat  tu ,sebab aku tak pernah tahu pun.
bila aku tengok remaja KOREA dalam video ni , aku sangat terasa . mereka bersungguh nak belajar AL-Quran , nak mendalami ISLAM.TApi anak muda  kat Malaysia ni terbalik .TErlampau obses dengan genre musik dari negara sana.
whhheeeha , aku terasa. Terasa sangat kerdil diri aku pada pandanganNYA sekarang .
for those yang ade FB , bolehlah tengokk video  ini  , tapi yang tak de, sorry ahh , aku dah puas cari kat dalam youtube m tak jumpe lagi.mayybe nanti ade yang upload kan kott.

antara komen yang aku rase bagus ahh mengenai video ni :D




Islam datang drpd Tanah Asing maka kembalinya ia dgn cara yg sama


Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim


kita pulak mabuk ngan cerita korea...    

ade pulak yang tulis kat FB tuh ,
klu tgok kt UMNO ni mampoih la kan.hee.UMNO tk bg non muslim bca al-Quran.karot betoi UMNO.(heyheyhey ,nak gelak aje aku.KElakar , macam rasist aje aku.tapi ni bukan aku yang tulis all those comment ni ye.rasmi dicopy dari FB.)







namun aku bersyukur.dalam aku kengkadang mempersoalkan kenapa dalam ISLAM  perlu begitu , perlu begini , sebenarnya , setiap yang telah ditentukan olehNYA ada kebesaran hikmah disebaliknya.
(tak mau lagi ahh fanatik korea. layan macam biase aje :D )

Tuesday, November 15, 2011

mari menutup aurat :D

cr to:http://www.ismiazraf.com


sebenarnye . aku tak tulis satu tu entry ni . tapi aku agak berminat dengan apa yang ade kat sini . .
continue reading yea ?


Pengertian Aurat
Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban dan dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Dalam Islam terdapat beberapa keadaan atau situasi di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu saja.
Hukum Menutup Aurat
Hukum menutup aurat adalah WAJIB, ia sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 33 :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى وَأَقِمْنَ الصَّلاةَ وآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah al-Ahzab : ayat 33)
Bersandar ayat di atas maka jelaslah bahawa hukum menutup aurat adalah wajib dan tiada alasan untuk tidak melaksanakan ia.
Dengan menutup aurat maka ia mudah dikenali sebagai seorang muslim dan mukmin. Bagi wanita pula ia dapat mengelakkan daripada golongan yang ingin mengambil kesempatan , mengelakkan timbulnya fitnah ke atas dirinya dan mengelakkan diri dari merangsang nafsu lelaki serta fahami sebab lelaki gemar melihat tubuh badan wanita.
Ia juga sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 59 :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab : ayat 59)
Asas Aurat
Islam telah menetapkan garis panduan aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat asas bagi lelaki adalah dengan menutup antara pusat dengan lutut , manakala aurat asas bagi wanita pula adalah dengan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan ketika bersama sesiapa pun adalah sama iaitu perlu menutup antara lutut dengan pusat. Namun lelaki wajib menjaga auratnya dan menundukkan pandangannya dari melihat aurat wanita ia sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah An Nuur  ayat 30 :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (Surah An Nuur : Ayat 30)
Namun bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika Sembahyang – Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian – Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram – Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun pada mahram sendiri dan digalakkan memakai pakaian yang lengkap dan labuh untuk menjaga tatasusila dan mengelakkan sumbang mahram berlaku.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram – Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku fitnah dan perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan nafsu para lelaki terangsang akibat dari penglihatan mereka terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Wanita yang bersuami pula, ianya turut wajib menutup aurat yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir – Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : ” Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani”.
6. Aurat Ketika Bersama Suami – Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bermaksud suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya , ia bersandarkan hadith :
Mu’awiyah bin Haidah mengatakan : “Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?”. Baginda menjawab :”Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi :” Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? ” Baginda menjawab : “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu”. Aku masih bertanya lagi: ” Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?” Baginda menjawab : ” Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Aurat dan Mahram
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan ketika bersama sesiapa pun adalah sama iaitu perlu menutup antara lutut dengan pusat dan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita pula iaitu :
1.Suami
2.Ayah, termasuk datuk sebelah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami.Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Perkara ini telah di jelaskan di dalam al Quran melalui Surah An Nuur ayat 31 :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nuur : Ayat 31)
Perhiasan dan Aurat
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu :
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka , pipi , mulut , mata , bibir , hidung , kaki , betis , peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian , alat-alat solek , cincin , rantai leher , gelang kaki dan sebagainya.
Umat islam perlu mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian untuk memastikan benar-benar menutup aurat dan mengelakkan Tabarruj.
Pakaian Yang Menutup Aurat Dalam Islam
Garis panduan pakaian yang menutup aurat mengikut syarak seperti berikut :
1. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
2. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan bentuk susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab : ” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
3. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
4. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya kerana bentuk hiasan akan menarik lelaki melihat ke arah pakaian tersebut dan ke arah tubuh badan tersebut.
5. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki. Pakaian menunjukkan perbezaan jantina antara lelaki dan wanita dan untuk mengelakkan fitnah ke atas si pemakai. Pakaian juga suatu proses pembentukan fikrah ke atas pemakai maka penjagaan dan pengasingan jenis pakaian mengikut jantina juga perlu.
6. Tidak memakai wangian yang sehingga ia mampu dihidu oleh orang lain (bau yang agak kuat). Wangian mampu menarik perhatian lelaki terhadap wanita dan mampu merangsang sedikit nafsu ke atas wanita.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik. Pakaian juga membezakan seseorang dilihat secara luaran dari segi agamanya , maka seseorang yang beragama Islam dilarang memakai pakaian orang kafir atau musyrik dan dilarang memakai pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan musyrik supaya seseorang yang beragama Islam dilihat secara luarannya daripada pakaiannya bahawa menunjukkan ia adalah beragama Islam
Kesimpulannya adalah setiap lelaki dan wanita yang beragama Islam wajib menutup aurat mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam yang bersandarkan al Quran dan Hadith. Islam bukanlah agama yang jumud menghalang umatnya dari berfesyen namun Islam tidak membenarkan umatnya dari berfesyen yang di mana fesyen tersebut melanggar batas-batas ketetapan dalam menutup aurat dan ia juga adalah untuk memelihara lelaki dan wanita Islam dari unsur maksiat dan unsur fitnah seperti diekplotasi dalam dunia pergambaran dan fesyen.

jadi ? bagaimana ? adakah selama ini kita menutup aurat kita dengan sepenuhnya ? aku akui , kadang-kadang aku pakai aje baju short sleeves , tanpa handsock . rase malas aje nak tutup . 
apa kata  sempena  hari raya Aidiladha ini , kita lakukan sedikit pengorbanan :D