Monday, November 21, 2011

Jika Benar .

this is my first cerpen.Hope korang suka.
heyheyhey, ni kengkawan aku taw , bukan yang ada kat matrik aje , dari sekolah sampai matrik semua aku masuk.ni series 1.series 2 nanti  aku masukkan , esok ada bio . . bio tak baca lagi ! whaaaaaaa !


“Adduuuhhh ! “ lama jeritan itu berbunyi .Lama  juga mata itu memandang terhadap jejaka  yang sedang terpana di depan mata.

“ Ya ALLAh , kau tak pape ke Hazira ? “suara  Mariam berbaur cemas .Risau semakin menguasai diri sebaik sahaja memandang darah yang keluar dari dahi temannya itu semakin membanjiri tudung  Hazira.

“Awak tak pa-apa ke ? Maafkan saya tak sengaja . “kata Aiden. Saat itu , hanya hati yang mampu berbicara.Disebabkan leka bergurau dengan Joshua , tak semena-mena ,raket tennis yang dipegangnya memukul pasu yang bergayutan di sekitar Anjung Siswa.Saat itulah Hazira  keluar dari Anjung mengejar Mariam tanpa melihat kiri dan kanan dan ketika itulah pukulan Aiden mengena dahinya .

“Eh , apa yang berlaku ni ? Joshua , kenapa ni ?” tanya Encik Razman cemas.Joshua menceritakan apa yang berlaku.Segara Encik Razman mengarahkan Mariam membawa Hazira ke arah keretanya yang dipakir di belakang.

“Biar saya tolong .” tawar Aiden walau dirinya masih lagi  terpana dengan kejadian sebentar tadi.Walau bagaimanapun dia tahu insiden ini terjadi kerana dirinya .

“Jangan.Jangan sentuh kawan saya.Pergi ! “ kata Mariam tegas.Naizatul yang berada disisi Hazira sambil meletakkan sapu tangan miliknya didahi Hazira hanya memandang kelu.Terkejut dengan tindakan Mariam.

“Aku kata jangan dekat ! “ Mariam menguatkan suaranya lagi.Aiden mengangkat tangan tanda berundur dan mengalah.Mungkin dia membantu saat yang salah.

“Nai , cepat tolong aku papah Zira . Darah dia makin banyak ni .Aku takut dia pengsan pulak nanti .Lagi susah nak angkat .”arah Mariam. Naizatul hanya mengangguk.Segera dia membantu Mariam memapah Hazira ke kereta.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Haah , aku pun rasa macam kau .Nanti senang sikit nak study .Lagipun kalau tak faham , catit aje kat tepi .Senang nak catch apa yang kita tak faham .”balas Hazira tanda dia bersetuju.

“Kau cakap semua setuju.Apa aje yang kau tak setuju dengan cadangan Mariam ?Semua kau setuju . .”sindir Haida.Naizatul dan  Aina  mengangguk tanda bersetuju.

“Alah , apa salahnya.Bukan aku setuju nak kahwin dengan Donghae ke , Onew ke..”

“Daahhh .. tak payah nak cerita korea-korea dengan aku. Dah la dahi berjahit.Bila nak bukak jahitan tu ? Macam gangster Malaya kolej dah aku tengok.Gerun kau tahu tak ?”Haida bertanya.Terkejut juga dia semasa mendengar cerita Naizatul ketika itu.Senyap seminggu kelas mereka tanpa kehadiran Hazira yang sentiasa membawa gossip.

“Kau pun sama Ida.Nak memerli aje akak ni.Dia dah la baru keluar hospital .Baru balik kolej.Aku tak pasti kalau chapter-chapter semester ni yang dia dah hafal sebelum ni dia ingat lagi ke tak ? Kalau sem lepas  aku tak mau tanya sebab aku pun tak ingat.. “ketawa  Mariam.Namun ketawanya terhenti saat seseorang lalu dihadapan mereka.

“Hoi akak.Senyap tetiba apsal ? Tadi gelak macam apa aje .”Naizatul melemparkan kata tanya.Mariam segera memandang Hazira.Peristiwa bulan lepas segera bermain diminda.Wajah Hazira dipandang lama tanpa kata.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Excuse me.You are the one yang I langgar last month kan ?Ingat ?” Aiden menahan jalan Hazira.

“Haha ? Mana you tahu I yang you langgar ?Setahu I dalam kolej ni tiada student yang dibenarkan untuk pandu lori.Apatah lagi kereta.” Sindir Hazira.Geram saat perjalanan dirinya ditahan ke kelas.

“Pandai berlawak.Nasib baik I faham bahasa Malaysia.Kalau tak susah nak translate .”giliran Aiden memancing  tawa Hazira.

“Its okay.By the way , ada apa-apa lagi ? I on my way to class.Is there anything else Mr ?” Hazira mula membuat muka.Sudah lima minit dia lambat masuk ke kelas Puan  Baizura.Bimbang pula dirinya menjadi bahan sindiran antara pensyarah Biology  yang terkenal dengan sikap tegas di kolejnya.

“Aiden.Aiden Lee.You can call me Aiden.Macam ni , your phone number please ?I masih rasa bersalah pada you.Maybe ada something yang boleh I buat untuk tebus kesalahan I ?” Aiden menjelaskan niat dirinya yang sebenar.Bimbang pula tujuan dirinya disalah anggap oleh gadis Melayu ini.Hazira memandang jejaka Cina itu dari atas ke bawah.Segara dia menarik muka.Tak malu ! Dengan segera langkah kaki ke kelas Puan Baizura dipercepatkan.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Mariam  sengaja menjarakkan langkahnya dari Hazira.Panas hatinya melihat apa yang berlaku sebentar tadi.Niatnya mahu mencari Hazira dengan membohong Puan Baizura memakan hatinya sendiri.Tidak disangka Hazira masih lagi boleh bergurau senda dengan Aiden , lelaki yang telah hampir membunuh dirinya sendiri.Segera dimatikan niat turun ke tingkat bawah saat Aiden dengan beraninya mendekati  Hazira.

“Mar , kau ni kenapa ? Dari tadi aku tengok kau pandang Zira macam nak telan dia aje.Apsal ? Lapar sangat dah ? Tak boleh tunggu sampai kafe ? “ tegur  Naizatul yang sedar dengan kelakuan pelik Mariam.Setahunya , Mariam dengan  Hazira sukar untuk berpisah.Kemana Hazira pergi , mesti ada Mariam  ada bersama dan begitulah sebaliknya.

“Tak de lah.Zira tu aku tengok gembira semacam.Tercabut wayar ke ? Haha.” Ketawa Mariam .Tidak ikhlas.Naizatul hanya menggeleng.Pasti ,ada sesuatu yang disembunyikan.



Xxxxxxxxxxxxxxxx



Peperiksaan  Tahun  Akhir  berlalu dengan pantas sekali .Tidak disangka , sepuluh bulan yang  dijanji  berakhir  dengan sebegitu pantas.Hazira segera mengemaskan begnya.Matanya  pantas  mencari  Mariam .

“Mana Mar ? Tak keluar lagi ke ? Dewan dah kosong …” soalan diajukan  kepada Naizatul .

“Tadi aku nampak dia.Tadi , tadi dan tadi.Apa yang aku nampak , tadi ..”jawab Naizatul.Hazira segera membuat muka.Tidak mengerti dengan jawapan yang diberikan Naizatul.

“Kau ni Atul.Aku tanya betul-betul , kau main-main pulak.Okay ahh , aku turun dulu.Barang tak habis kemas lagi.Nanti kalau nasib baik , ada chance nak tengok Mister aku buat kali terakhir..” Hazira segera ketawa.

“Yelah , balik sensorang.Tak mau dah ajak aku ni.Nampak Mister kau aje..” rajuk Naizatul.Segera Hazira menarik pipi tembam Naizatul.Segera Naizatul menjerit kesakitan! Comel !

“Okay ,aku ingat kau nak balik sorang –sorang tadi.Mana aku tahu.Jom , balik sekali.Dah la Siti Mariam ni hilangkan diri tanpa kesan.Geram betul.Atul , nanti teman aku pergi bank kejap.Tak de kredit ahh . . “

“Bank , bank.ATM lah .KAu ni , nak habis belajar asyik bank aje.Berapa kali aku nak ajar…” bebelan Naizatul yang tidak menarik perhatian  Hazira.Matanya  asyik memandang seseorang yang kian menghampiri dirinya .Otaknya kini ligat mencari idea agar Naizatul pergi jauh dari dirinya kini.

“Atul , kau nak beli pape tak ?Aku rasa tak jadi lah nak keluarkan duit.Balik jom ? “

“Kau niiii . . “rengek Naizatul  tidak puas hati.Segera kakinya melangkah laju sebaik ditolak Hazira dari belakang .

“Wait ! Nur Hazira.Can you spare your time for me ?Something got to tell .”Aiden menghalang jalannya.Ini kali kedua .Nur Hazira ? Nur Hazira ? Nur  Hazira ? Nama penuhnya ! Tidak, mungkin dia tersalah dengar .Tapi , nama yang disebut , Nur Hazira.

“Yes.Apa yang you nak bagitahu I ?”

“I tak nak bagitahu kat sini.Jom , duduk kat sana ?” tawar Aiden.Hazira tersenyum sinis.

“Tak mau.Kalau you ada something , bagitahu sekarang.I tak nak pergi mana-mana.Cepat , masa I bukan untuk dibuang dengan macam tu aje.Banyak lagi kerja yang boleh I siapkan berbanding I duduk berborak dengan you.Cepat , kalau you ada something , bagitahu sekarang.”tegas Hazira.

“Okay.Seems you getting angry right now , better I bagitahu sekarang.Tu , luka kat dahi dah elok ?”

“You nampak macammana ?Dah elok ? Dah ?”nada yang dikeluarkan tanda kurang senang.

“Apsal you marah sangat ni ? Something wrong ? I tak bagitahu apa-apa pun lagi . . “Aiden mula berbunyi kecewa.Hazira sedar yang dia tidak sepatutnya bersikap begitu.Namun , janjinya pada Mariam.Dia harus menepati janji itu.Mariam sahabatnya , sedangkan Aiden hanya rakan sekolej yang hanya dikenali beberapa bulan.

“Im sorry Aiden.You nak bagitahu apa ?”suara Hazira mule mengendur.Nada geramnya cuba ditahan.

“Nice, kalau selalu senyum kan bagus.Baru manis.Suka I tengok . . Haha.”Aiden ketawa.Nyata , senyum jejaka ini sangat menarik hati ! Hazira cair !

“Aiden , better you serius sekarang.I kasi peluang pada you sekarang .Nanti I balik baru tahu ..” Hazira mahu memulakan langkah.Segara lengan gadis itu dipegang, tanda mahu menahan.

“Hazira.I nak mintak maaf dengan you.I yang buat muka you jadi macam ni.I tak tolong you masa you berdarah, masa you sakit.I mintak maaf.Maafkan I.”Aiden mula serius.Hazira memandang lagi jejaka itu dari atas ke bawah.Tangannya meleraikan pegangan kemas jejaka Cina itu.Sakit.

“Nur Hazira,I . . I sukakan you..”sebaik habis bersuara, dia melepaskan keluhan.Keluhan yang sangat panjang.Mungkin lama perasaan itu dipendam.

“Aiden , you.Kenapa dengan you ni ?Lepaskan tangan I.Lepaskan !”Hazira memulakan langkah.Dia bingung dengan apa yang berlaku.Aiden memandang gadis itu hingga hilang dari pandangan mata.



*Tujuh  Tahun  Berlalu *
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
 (tunggu sambungan nanti ehh ? )

ni #LINK# series 2 :)

1 comment:

miss sayed said...

woo.woo.woo.
cooliow..ada certain2 part yang aku rasa cam penah rasa..kui3.
betul ke?
or aku syok sensorang:D