Monday, May 28, 2012

#Percaya Padaku


Alia menguis batu kecil yang berada di bawak kakinya . Hampir sejam , Adi masih lagi tidak sampai . Alia masih menunggu dengan penuh sabar , bagaikan memahami kesibukan tunangnya itu.Ditekan-tekan butang telefon bimbit dengan hasrat untuk menghubungi , namun hasratnya segera dibatalkan apabila mula membayangkan kesibukan Adi sebagai seorang jurutera yang memang sentiasa memakan masa.

“Alia, i am sooo sorry for late . Bukan sebab traffic jammed or what , tapi you tahu aje lah kerja I kan ? I cuba sangat nak cepatt tadi , tapi memang tak boleh . Encik Hisyam yang dari Penang tu terlalu banyak bercakap . I nak potong , tapi dia teruskan jugak . Ni secepat mungkin jugak I  lari dari office tadi .” terang Adi . Ditangannya , dibawa sekali sejambak bunga lily putih .

“Its okay . I tahu yang you sibuk . So , you nak bawak I pergi mana ? I dahh laparr ni . Dah setengah jam I tunggu you taw , “ rajuk Alia. Adi tersenyum . Segera dihulurkan jambangan bunga ditangannya.

“Ohh , bakal isteri Adi dah laparr rupanya . Kita makan dulu . Nanti , kita pergi butik yang you cakap tu . Nak makan dekat mana ni ? “

“Nasib baik you ingat janji you . Kalau takk , I nak balik makan dekatt rumahh aje.”

“I tahu yang Alia ni sayangkan mister Adi dia.Kalau tak , tak de nya nak tunggu lama-lama dekat sini .” Adi mencuit hidung Alia. Alia senyum , malu dengan tindakan Adi. Adi memaut tangan tunangnya dan mereka berjalan ke kereta .

“Mama dengan papa ajak you datang rumah this week . My atuk dengan tok ma datang dari Melaka.”Adi mula memecahkan kesunyian.

“This week ? Mean , I kena pergi lah ni ? I rasa tak de pape plan nak berjalan pun  this week . Maybe boleh laa kot .”

“Nanti you teman I .”

“Kemana ? “

“Ada lah . Janji dulu yang you nak temankan I .” Adi bermain tarik tali . Alia diam . Cuba memikirkan niat sebenar Adi .

“Its okay Encik Adi Imran . Kali ini , awak menang . Next time, I balas semula.”

“Cik Alia Athirah , Encik Adi Imran bukannya nak buat jahat ke apa. He just ask you to company him to somewhere.”

“Iyeee lah Adi Imran . I teman you . Eh , kenapa you masuk simpang ni ? Kata tak suka makan dekat sini . Mahal .. kata nak saving duit. Nak kahwiinnnn .”

“I bukan nak makan . Tapi cuba tengok dekat sebelah kedai tu . Nampak ? “

“Ehh , ada kedaii baru bukak. Apa yang you nak beli ni Encik Adi ? “

“Kita turun dulu . Nanti you tahu apa yang I nak beli .” ujar Adi sambil matanya melilau mencari kawasan parkir .

 Setelah memakir , Alia mengikut langkah Adi ke kedai yang diberitahunya tadi.Alia memandang langkah  Adi dengan seribu soalan.

“Adi . Ini kan kedai cincin ? “ tanya Alia bodoh. Adi senyum. Manis.

“Ye sayang. Kedai cincin lahh ni. Untuk majlis  kita nanti I nak tahu jenis cincin yang you suka. Tapi kita tak nak beli cincin tu hari ni.Cuma I nak tahu taste you macam mana.” Jelas Adi. Sambil itu matanya ralit melihat pilihan cincin yang berada dalam simpanan kaca di kedai tersebut.Riak wajah Alia sedikit berubah. Sangkanya dia bakal menerima cincin dari Adi , namun sangkaannya salah saat Adi memberitahu niat mereka yang sebenar.

“So , Alia you nak cincin macammana ni ? Banyak pilihan ni. I pulak yang rasa excited. Haha macam I pulak yang nak pakai kahwin nanti.”Adi teruja. Alia diam . Namun matanya tetap mencari cincin yang dirasa berkenan. Terasa bahu dicuit , Alia segera menoleh ke belakang. Amir Farid !

“Haha aku tak salah tepuk orang nampaknya. Hai cik Alia Athirah. Awak buat apa dekat sini ? “ sapa Amir mesra. Alia senyum. Adi  pandang mereka berdua dengan rasa hairan.

“Encik Amir Farid. Saya siang ikan dekat kedai cincin ni. Bukan nak beli cincin kahwin macam awak. Sengal kau  Mir. Aku nak cari cincinlah. Kau ? “ perli Alia. Sengaja mengenakan Amir.

“Eii budak kecik ni. Aku pun datang cari cincin. Tapi bukan untuk aku ,tapi untuk abang aku. Dia nak bertunang. So aku teman dia dengan bakal tunang dia. “ jawab Amir.

“Mana budak kecik ? Suka hati je panggil aku budak kecik. I am a woman right now okay ..  Bukan lagi adik Amir Ashraf yang kau boleh buli sesuka hati aje. Ehh , by the way aku lupa nak kenalkan. Ni tunang aku , Adi Imran. Adi , this is my.... my what ehh . Ni kawan baik I daripada I kecik sampai sekarang. Tapi sekarang kitorang dah jarang sangat jumpa. Amir ni satu kelas dengan Ashraf dekat sekolah tu. Nama depan sama, Amir dan diorang ni sangat baik.” Panjang Alia menerangkan.

“Dan , encik Adi , Alia ni juga ex-girlfriend saya. Hahahaaaaa “ panjang gelak Amir. Alia segera menyiku lengan Amir. Adi senyum .

“Ehh ehh saya gurau aje tau ? Mane boleh nak tackle adik bff sendiri. Tak syok laa. Jangan risau Adi , aku sure hari-hari kau akan kena cubit, siku, hahh macam-macam lagi la protection sengal dari Alia ni nanti. Setakat ni ape je yang kau dapat ?” Amir terus mengenakan Alia.

“Setakat ni cubit je la. Lain-lain tak lagi kot. Hehe”

“Amir Farid. Stop it okayy. Dahh jangan nak menyibuk. Hilang mood aku nak cari cincin kahwin. Kau ni bila lagi nak kahwin ni ? Kata nak kahwin dulu sebelum aku . Tahu-tahu aku yang kahwin dulu . Apa kes ? “ Alia rancak bertanya. Amir senyum tidak menjawab.Nyata banyak rahsia yang disimpannya dari Alia.

“Nanti aku cerita Lia. I got to go Adi.Jaga kawan baik aku ni. Semoga korang bahagia tau ? Aku gerak dulu.” Amir meminta diri sambil dirinya menghulur salam kepada Adi.



*Enam bulan yang lalu*

“Betul kamu yakin dengan keputusan kamu ni Lia ? Ayah tak nak Lia menyesal nanti.” Tanya Haji Faisal pendek. Matanya masih lagi membaca akhbar.Puan Hamidah datang menghampiri dengan sedulang minuman.

“Apa yang tak yakinnya ? Lia kenal Adi tu dah lama. Tiga tahun. Ayah nak Lia tunggu lama mana lagi ?”  Alia tidak puas hati.Puan Hamidah menghidangkan minuman dan menghulurkan cawan berisi air kepada suaminya.

“Ayah tak nak Lia menyesal nanti. Lia sendiri tahu yang Adi tu anak kacukan. Mampu ke dia nak bimbing Lia nanti ? Ayah tak nak Lia hanyut.”

“Ayah.. Adi tak macam tu ayah.Lia kenal dia. Dia tak pernah tinggalkan solat. Biarpun Uncle Samad tu orang Belanda dia baik. Dia patuh arahan agama. Tu lah ayah , Lia suruh jumpa Adi, tak nak. Sekarang bila Adi nak masuk meminang, macam-macam yang ayah risaukan.” Tambah Alia lagi.

“Abang.. saya dah jumpa dengan si Adi tu. Baik orangnya. Lagipun pandai dia ambil hati orang tua. Saya rasa kalau dia duduk sehari suntuk dengan abang , cair hati abang dengan dia nanti.” Sampuk Puan Hamidah.Haji Faisal buat muka. Dia diam tidak menjawab.

“Esok ayah nak jumpa dia. Pastikan dia datang tepat pada masanya. Kalau lewat , jangan harap ayah nak terima dia.” Haji Faisal tegas. Alia mengeluh perlahan  bagai melepaskan beban yang sarat didalam otaknya.

“Lia dengan Adi macam mana ? Ibu pun dah lama tak jumpa dia. “ Puan Hamidah menarik minat Alia untuk berborak dengan dirinya.

“Adi sihat bu. Dia ingat nak datang jumpa ibu dengan ayah minggu ni. Tapi ayah tu bu. Dia okay ke tak ni ? Lia tak nak apa yang kami rancang tak jadi. “

“Apa yang Lia dengan Adi dah rancang ? Setakat ni ? “

“Adi ingat nak jumpa dengan ayah since dia tak pernah jumpa ayah. Then dia nak masuk meminang Lia laaa” terang Alia. Sesungguhnya hatinya benar-benar telah diserahkan kepada empunya Adi Imran.





Alia duduk bersendirian didalam bilik merenung lama ke arah laptop.Seketika dirinya tersenyum  sendiri melihat gambar Adi bersamanya. Sepanjang mengenali  jejaka kacukan Melayu Belanda itu , Adi banyak  mengajar dirinya erti hidup yang sebenar. Malu seketika dirinya bila saat dia hilang sabar atau sedang kecewa, Adi yang banyak membantunya menenangkan diri atau menyelesaikan sesuatu.
Senyumannya semakin lebar apabila melihat gambar mereka berdua keluar untuk pertama  kalinya. Yang lucunya , sepupu Alia turut menemani mereka keluar. Sepanjang waktu itu jugalah , Aqila hanya duduk termangu seorang di  Secret  Recipe sehingga janji temu mereka tamat. Setelah itu , Aqila taubat tidak mahu menemani lagi.

“Lia, senyum lebar nampak ? “ suara Ashraf menerpa masuk ke telinga. Ashraf meminta izin masuk dan menghampiri Alia.

“Mana ada lah.Abang ni , nasib baik Lia tak de sakit jantung tau ? Kalau tak , mesti dah masuk hospital ni.” Muncung Alia. Ashraf  menarik hidung adiknya. Ahh lama sungguh tidak bergurau dengan Alia.

“Yelah , abang tengok Lia dah lama tau ? Dah la pintu bilik tak tutup.Lepas tu , senyum sorang. Nasib baik ayah tak nampak. Kalau dia nampak  ?” Ashraf mengenakan Alia. Alia tarik muka.

“Kalau ayah nampak, Lia bagitahu dekat ayah yang anak dara dia ni tak sabar sangat nak kahwin..”

“Eii budak ni. Gatal sangat. Nanti kalau Adi tu lari , baru tauu” tambah Ashraf lagi.

“Abang , tadi siang kan, Lia jumpa Amir.” Alia bersuara keanak-anakan.

“Amir ? Amir Farid ?” . Alia mengangguk. Ashraf tersenyum sendiri.  Teringat kembali zaman persahabatan antara dirinya dengan pemuda itu. Seingatnya , Amir Farid merupakan teman atau sahabat yang paling baik dan jujur yang pernah dijumpai. Kini hampir dua tahun mereka tidak berjumpa.

“Dia sihat ? “

“Sihat abang. Makin handsome Lia tengok. Abang dah lama tak jumpa dia kan ? Lia ingat dia datang nak cari cincin kahwin jugak. Rupanya , teman abang dia cari cincin tunang. Dia tak kahwin lagi..”

“Memang laa. Perempuan yang dia tunggu tu , dah dikebas orang. Nampak gayanya lambat lagilah kau nak kahwin Mirr.” Keluh Ashraf.Alia pandang hairan.

“Amir tunggu siapa abang ? Apsal dia tunggu je ? Tak try tackle ke ? Lia kenal tak perempuan tu ? Nak kasi nasihat sikit..” Alia bersuara geram. Ashraf mengusap lembut dahi adiknya.Garang , tak padan dengan perempuan.

“Biarlah Lia. Nanti  Amir tu kahwin jugak. Jangan risau. Dah la, abang nak masuk  tidur dulu. Pintu bilik  tu lain kali , kunci. Jangan biar terdedah aje. Faham ? “

“Faham boss .” Ashraf bangkit dan berjalan menuju ke pintu lalu berlalu masuk ke dalam bilik .




*lapan tahun yang lalu*

Amir memperlahankan langkah saat dirinya kian menghampiri perpustakaan. Dari luar , kelibat Alia terkesan oleh dirinya. Kasut segera dibuka dan langkah menuju ke Alia diperlajukan. Alia sedang khusyuk membaca akhbar. Amir mengambil tempat disebelah Alia.Alia bagaikan tidak peduli.

“Lia.Gila khusyuk kau. Aku ni dah berapa lama tercangak dekat sini..” perli Amir. Alia tidak ambil pusing. Berita perkahwinan antara  Rita Rudaini dengan pemain bola sepak terkenal lebih menarik minatnya.Dibiarkan sapaan Amir sepi. Amir mencapai akhbar The Star, dengan harapan Alia akan membalas sapaannya. Namun , tindakannya sia-sia.

“Aliaa...”.Alia menutup akhbar saat terdengar namanya dipanggil panjang. Dipandang Amir dengan perasaan geram. Namun , geramnya mati saat terpandang wajah Amir.

“Eh ehh , abang Amir Farif ada spek mata baru.. handsome kau Mir. Mesti  ramai jatuh hati nanti.Lainlah macam aku. Susah nak ada peminat.” Alia merendah diri. Amir tersenyum.’Kau aje yang rasa macam tu Lia. Aku tak pun.’Akhbar yang berada di tangan masih lagi diselak.

“Eh Lia. Katakan lah kalau kau ada peminat , kau nak terima dia tak ? “ duga Amir. Sengaja mahu melihat respon yang bakal diberikan Alia. Alia diam dan tersenyum. Dia memandang Amir lama dan tidak  berkedip. Pandangan yang diberikan Alia redup dan tajam. Bagaikan  bermakna.

“Kau suka aku ke ? “ Alia mula tarik tali.Amir diam. Bagaikan sudah terjerat dengan permainan dirinya sendiri. Haruskah diluahkan perasaan yang sebenarnya ? Ataupun mesti kekal menjadi rahsia ? Selamanya ? Begitu ?

“Aku....”.

Caught! Haha kau ni Mir , mana mungkinlah kau nak suka aku kan ? Kita kan forever bff .No heart feeling kan ? “ tambah Alia. Amir kehilangan kata. Keluhan kecil dilepaskan.Hampir sahaja rahsia yang dipendam bocor. Mujur dia tidak sempat meneruskan kata-kata.

“Aaa , haah la. Mana boleh aku suka kau .Kita kan bff. No heart feeling. Kalau macam tu ,, kau suka lelaki macam mana ? “ Amir cuba mengajukan soalan lagi. Alia diam. Dia menyimpan akhbar yang dibaca dan mula bergerak ke arah meja. Ditarik kerusi dan dia duduk. Latihan add math yang disiapkan semalam diselak-selak. Sambil itu juga , matanya melihat keadaan pelajar yang keluar masuk dari perpustakaan. Dikerling jam dinding. Waktu rehat masih lagi ada 15 minit. Amir datang menghampiri.

“Amir Farid. Soalan kau aneh, pelik. Seram aku.”

“Alah nak seram ape pulak. Aku bukan hantu punn.”

“Ataupun , kau rasa yang kau menepati ciri-ciri aku ? Macam tu ? “.Amir memejamkan mata. Dia bimbang Alia tersalah faham akan niatnya.

“Tak de lah. Dah terlanjur aku tanya kau tadi , apa salah aku nak tahu taste kau macam mana kan. Mana tahu , aku boleh suggest  mana-mana kawan aku kee” Amir cuba berlagak tenang. Namun hatinya bagaikan mahu terkeluar. Risaunya jika rahsia abadi miliknya bocor.

“Aku.. suka lelaki yang..” suara Alia mati sebaik sahaja perbualan mereka disampuk seseorang.

“Maafkan saya. Saya pelajar baru.Pagi tadi register ,tapi tak dapat lagi nak cari kelas sendiri. Mata nampak library aje. Sebab tu datang sini.” Ujar pemuda tersebut. Alia memandang wajah tenang empunya diri. Sungguh menawan hati bagi sesiapa yang memandangnya.Ahmad Farizal , seperti yang tertera pada nametag baju sekolah.

“Kelas ? “ Amir bertanya. Memandangkan waktu rehat hampir habis, lebih baik sahaja dia yang menghulurkan bantuan.

“5 Amanah.”jawab Farizal pendek. Amir mengangguk. Teman sekelasnya yang baru. Tangan dihulurkan tanda perkenalan.

“Amir Farid. Panggil aku Amir aje. Ni Alia Athirah tapi kau boleh panggil Lia aje. Memandangkan kita sekelas , better kau ikut aku aje. Jomlah , dah nak habis dah rehat ni.” Cadang Amir. Farizal angguk , tanda bersetuju dengan cadangan  Amir.Alia memandang wajah tenang yang memikat hati itu lama.Sungguh , hatinya bagai sudah terpaut !



Pagi itu , Alia lambat bangun . Apa lagi , kelam kabut dirinya bersiap. Setelah mendengar hon kereta Haji  Faisal dari luar , semakin kelam dirinya.Ashraf telah lama siap. Setia menunggu Alia di pintu.

“Alia Athirah ! Cepatlah sikit dik ! Dah lambat ni . Nanti jalan jammed  pulak. Tu lah malam tadi tidur lambat lagi..” bebel Ashraf.Ditangannya dipegang rapi kerja khusus yang perlu dihantar kepada Puan Azizah. Seram pula membayangkan raut wajah bengis guru matematik tambahannya jika dia lambat menghantar tugasan yang diberikan.

“Abang ni. Lia dah siap ape. Jom lah. Nanti tak pasal-pasal si Azura yang gilakan abang tu tulis nama kita sebab lambat.”Alia mencapai kasut sekolah. Sengaja dia mengenakan abangnya pagi-pagi buta lagi.Bukan dia tidak kenal  Azura , pengawas sekolah mereka yang  sangat gilakan kuasa itu , sangat meminati Ashraf. Tahun lepas seingatnya ketika Hari Kekasih , Azura sendiri datang ke kelas Ashraf menghantar  Cadbury. Kecoh sebulan akan perihal itu. Sebulan juga Ashraf kurang berjalan-jalan di kawasan sekolah.

Sampai sahaja di pintu sekolah , pagar sudah pun ditutup. Ashraf berjalan mendahului Alia. Alia menuruti langkah  Ashraf.Azura masih lagi berdiri di dalam kawasan sekolah sambil menguntum senyuman.

“Selamat pagii encik Ashraf. Lambat awak hari ni . Maaf la, saya ni pengawas yang menjalankan tugas. Biarpun saya suka awak , tapiiiiii...” Azura bersuara manja. Alia buat muka sengal. Geli mendengar bait kata yang diluahkan Azura.

“Kisah ke aku kalau kau nak buka gate  ni ?” balas Alia. Ashraf diam. Tidak berkata apa-apa. Setelah Encik Hamdan datang , baru mereka dibenarkan masuk. Berpeluh Alia sebaik sahaja sampai ke kelas. Mujur sahaja kesemua guru mereka mempunyai mesyuarat tergempar.Jadi ini bermakna , mereka tidak akan mempunyai sebarang kelas pada waktu ini. Waktu yang ada digunakan Alia untuk ke perpustakaan. Sengaja ingin mendinginkan diri.Alia mencari tempat yang paling sunyi dan tenang buat dirinya.Ketika menenangkan diri , dirinya terpandang akan wajah tenang  Farizal !

“Eh ehh . You buat apa dekat sini ? By the way I nak ucapkan terima kasih sebab tolong I haritu.” Farizal memulakan langkah perbualan.Alia  cuba mengawal  rasa kalut dalam dirinya.Dia senyum.

“Bukan I pun yang tolong you haritu. Amir yang tolong you . Lagipun korang sekelas kan ? “

“Betul kata you. Kitorang sekelas.Ehh I lupa nama you . Tapi daripada  nametag you , nama you Alia Athirah. Boleh I panggil you Thirah ? I could be someone special that called you by that name.”

“Aiyaaa. Kenapa you nak jadi yang special-special ni ? You nak panggil i apa-apa pun I tak kisah la Encik Farizal.Nama you unik kan ? Selalunya nama yang pernah I dengar Rizal aje. Tapi you Farizal. Sedap juga nama you.”puji Alia ikhlas.Farizal tunduk merendah diri. Segan kerana ada yang memuji hanya kerana nama.

“Okay lah Encik Rizal. I datang sini pun sebab nak sejukkan diri aje. Sekarang I dah sejuk. You satu kelas dengan Amir kan ?Kirim salam maut dekat dia ye ? Bagitahu yang I tunggu dia dekat tempat biasa. “ kata Alia sebelum meminta diri. Farizal mengangguk tanda setuju.



Alia pulang dari kerja lebih awal dari biasa. Puan Hamidah yang menyedari akan perilaku anak bongsunya itu menegur.

“Tak pernah nampak anak ibu yang sorang ni balik awal. Tak sihat ke Lia ? “ Puan Hamidah bertanya lembut. Alia senyum. Segera menghampiri ibunya. Segala penat dan lelah hilang sebaik sahaja terpandang akan seraut wajah yang amat menenangkan hati ini. Itulah kasih yang lahir dari wajah seorang yang bergelar ibu. Diciumnya pipi Puan Hamidah.

“Ibu.. Lia sihat aje. Malam ni Adi ajak Lia jumpa dengan mama dengan papa dia. Atuk dengan nenek dia pun ada sama. Maaf  sebab lupa nak bagitahu ibu dengan ayah. “ Lia memberitahu hal yang sebenar. Akibat sibuk bekerja , dia sendiri terlupa untuk memaklumkan hal yang penting begitu kepada ibunya. Rasa sesal segera menghantui diri.

“Ohh .Patutlah balik awal semacam. Nak makan tengah hari sekali tak ni ? Ibu dah siap masak semua ni.”

“Tak pe lah bu. Lia nak naik tidur. Diet lah hari ni. Malam ni nak makan lagi. Lia naik dulu ye ? “ Alia meminta diri. Hampir tiga jam dia tidur petang itu. Setelah bangun dan mandi dia segera bersiap. Mujur sahaja dia ‘cuti’. Kalau tidak bekejar jugalah dia untuk menunaikan solat. Jam hampir menunjukkan pukul 8.oo malam. Dia bersiap ala kadar. Dengan jubah hitam bersulamkan baldu biru dan  tudung yang dibelinya di Butik Ariani minggu lepas , nyata Alia berpuas hati dengan penampilan dirinya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke tingkat bawah untuk  meminta kebenaran dengan Haji Faisal. Namun  sesuatu yang lain telah memberi kejutan buatnya.

“Alia Athirah. Kenapa kamu tak kenalkan Adi Imran ni awal-awal dengan ayah ? “ ujar Haji Faisal. Alia senyum kerana sudah mengagak hal ini akan berlaku juga.

“Uncle, saya harap uncle tak marah kalau saya pinjam anak uncle malam ni. Mama dengan papa nak sangat jumpa Alia.yelah sebab hari-hari saya cerita pasal dia , tapi muka tak kenal pun.” Adi berbicara jujur. Haji Faisal mengangguk tanda bersetuju.

“Adi , tak nak minum dulu ke ? Aunty siapkan air dah ni . “ Puan Hamidah datang menghampiri. Adi senyum. Dicapainya  gelas yang dihulur Puan Hamidah. Hampir sahaja dia tersedak apabila sedar akan kehadiran Alia yang begitu dekat dengand dirinya.

“Uncle dengan Aunty punya anak cantik sangat hari ni. Nasib baik saya tak tersedak hari ni. Okay lah , kami minta diri dulu. Jangan risau , before midnight anak uncle saya hantar balik.” Adi meminta diri.
Perjalanan yang memakan masa hampir 45 minit dapat meredakan bimbang Alia seketika. Dan disebabkan itulah dia kurang berbual-bual dengan Adi.

“Sayang , you okay ke tak ni ? “ Adi cemas. Bimbang dengan Alia yang kurang bercakap seperti hari yang selalunya. Alia cuba menguntum senyum, namun gagal.

“Macam mana I nak okay. I takut you tahu tak ? Ni dah la kali pertama i jumpa dengan you punya parents. Kalau diorang tak suka I macam mana ? “ Alia melontarkan rasa bimbang. Berjuta kebarangkalian yang berada dalam mindanya. Bagaimana jika itu , bagaimana jika ini. Ahh , sarat otaknya kali ini.Adi senyum.  Comel melihat tingkah laku Alia yang kalut begitu. Nampaknya Alia benar-benar serius dalam hubungan mereka. Digenggam erat  jemari Alia.

“Haah kan ? Masa kita bertunang dulu pun , maklong I yang hantar rombongan tu kan ? Sebab parents  I pergi Ireland time tu.Memanglah you tak pernah jumpa diorang kan ? Sayang , jangan risau sebab macam mana you tawan hati I , dengan cara you sendiri kan ? So I yakin yang you boleh tawan hati mereka macam mana you tawan hati I. Mereka sama macam I. Jangan risau ye Alia sayang..” pujuk Adi. Alia menghembuskan nafas. Adi betul-betul telah sampai dihadapan kawasan rumah mereka.

So, kita dah sampai . Sayang I ni nervous lagi ke ? Jangan risau ye sayang. Family  I macam I jugak. InsyaAllah mereka boleh terima you.” Adi cuba meyakinkan Alia. Alia diam. Kalau hendak bermain teka-teki soal terima atau tidak , inikah saatnya ? Sekarang mereka sudah bertunang!

“I okay aje. Nak tak nak ,ni keluarga I yang baru , InsyaAllah. Jom lah masuk. Dah lambat ni encik Adi.” Alia bersuara yakin. Adi mencapai jemari Alia, umpama cuba memberi sedikit kekuatan kepada tunang yang disayang.

“Assalamualaikum.” Suara Adi memberi salam.Jawapan salam yang diberikan pihak dalam rumah lebih panjang dan kuat. Alia  menarik nafas panjang , cuba mencari kekuatan.

“Ehh ehh , encik Adi dengan cik Alia dah sampai. Mama, VIP mama dah sampai ! “ Eli bersuara ceria. Segera ditarik tangan Alia dari pergelangan tangan Adi dan dibawanya bakal kakak ipar ke dalam rumah.Alia mengikut langkah Eli ke ruang makan. Disana ahli keluarga Adi lengkap berkumpul.

“Aunty dengan Uncle apa khabar ?” Alia memulakan perbualan. Dihulurkan tangan untuk bersalam. Puan Junaidah menyambut salam Alia dan mencium dahinya.Alia agak terkejut dengan respon yang diberikan Puan Junaidah. Lain dari yang dibayangkannya.Adi datang menghampiri mereka.

“Khabar baik sayang. Jadi Eli , inilah kekasih hati abang Adi yang dia selalu bising-bising dekat mama tu ye. Hmm kalau macam ni , bukan abang Adi aje yang suka , mama pun suka.”  Ketawa Puan Junaidah. Adi senyum lebar. Ditariknya kerusi lalu mempersilakan ‘bakal isteri ‘ duduk.

“Ayah dengan ibu Alia sihat ? Kenapa tak ajak makan sini sekali ? “ tanya Puan Junaidah lagi. Sambil itu Alia membantu Eli menghidangkan nasi dan menuang air minuman ke dalam gelas.

“Alah mama ni. Ini kan kali pertama Adi bawak Lia jumpa mama. Later on , Adi bawaklah ibu dengan ayah Alia datang sini.” Jelas Adi. Diperhatikan tingkah laku Alia. Sempurna !

Selesai makan malam dan berbual-bual , sedikit sebanyak rahsia Adi banyak yang diketahuinya. Bagaimana nakalnya Adi Imran ketika zaman kanak-kanak. Yang paling lucu, bagaimana takutnya Adi saat dia dikejar enam ekor anjing pada masa yang sama!

“Kelakar kan you ni. Tak sangka anjing sampai enam ekor kejar you . Nasib baik tak kena gigit.” sambung Alia.Adi diam, tidak banyak memberi respon.

“Lahh ni kenapa Adi Imran senyap ni ? You tak suka ke ? “ Alia meminta kepastian. Bimbang juga jika dia  mengecilkan hati Adi diatas perkara yang tidak disukainya.

“Tak de pape lah. “ Adi membalas pendek. Dia terus diam tanpa banyak bicara. Diteruskan perjalanan menghantar Alia ke rumah dengan penuh serius. Alia turut diam . Biar Adi sejuk, tidak mahu diganggu emosi tunangnya buat masa ini.


2 comments:

miss sayed said...

perghhh!.banyak siot watak laki dalam cite ni..pompuannya alia sorang je...camne aku nak pilih ni??btw,ape kaitan farizal dalam cite ni??'_~

cik denn said...

update!!!!